fbpx

3 Cara Tarik Duit Masuk Poket Walau Anda Sedang Tidur

Sejak kecil lagi kita dibiasakan dengan bekerja untuk dapatkan wang. Nak dapat income, kena kerja. Ya, tiada yang salah dengan perkara ini. Namun pernah tak terfikir, sampai bila?

Sampai bila kita akan terus bekerja?

Alangkah seronoknya jika sambil tidur pun duit masuk ke dalam poket anda kan? Inilah yang dipanggil sebagai pendapatan pasif. Wang yang terbang meluru masuk ke akaun bank anda tanpa perlu memerah tenaga.

Sambil anda bekerja pun, anda boleh raih rezeki sampingan dengan pendapatan pasif. Ini juga dapat membantu anda merancang ekonomi anda terutama di hari tua kelak.

Tapi… macam mana?

Logik ke duit boleh masuk sendiri tanpa kita perlu berpeluh keringat? Jom kami kongsikan 3 kaedah bagaimana anda boleh lakukannya.

1. MODEL PAY PER CLICK/VIEW

Pay per click atau pay per view adalah suatu model pengiklanan internet di mana pengiklan akan membayar kepada sistem mengikut jumlah klik atau views (berapa ramai yang melihat) dengan tujuan menarik trafik ke website mereka.

Untuk mendapatkan wang pasif daripada model ini, anda perlu menjadi publisher (penerbit) yang memaparkan iklan tersebut. Terdapat banyak syarikat atau institusi yang menggunakan model ini termasuklah sistem affiliate. Anda hanya perlu kongsikan link produk syarikat. Sekiranya terdapat pelanggan yang membeli menerusi link anda tadi, anda juga bakal menerima sedikit komisyen daripada sistem tersebut.

Malah, Google yang merupakan syarikat enjin carian gergasi juga turut menggunapakai model ini. Contohnya seperti Youtube, sekiranya anda adalah seorang content creator, selagi mana ada yang menonton video anda beserta iklan yang dipaparkan, selagi itulah pihak Google akan terus membayar anda walaupun video tersebut sudah bertahun lamanya.

Contoh aplikasi Google Adsense (Kredit imej: Search Engine Roundtable)

Begitu juga dengan Google Adsense. Anda boleh mendapatkan income pasif hanya dengan memaparkan iklan yang dikeluarkan oleh pengiklan di Google.

Namun kelemahan terbesar model ini adalah, anda memerlukan pelawat yang ramai ke website anda untuk memastikan anda terus menerima komisyen daripada syarikat. Malah sesetengah syarikat menetapkan kriteria tertentu seperti trafik yang tinggi sebelum anda mula layak terlibat dalam sistem mereka.

2. SISTEM AUTOMATED E-COMMERCE

(Kredit imej: Dunn Solutions)

Automated e-commerce merujuk kepada sistem kedai online yang dibangunkan dengan bantuan teknologi automatik. Segalanya berjalan secara automatik dan hanya memerlukan pemantauan yang sangat minima.

Daripada pelanggan mula menemui website anda, sehinggalah selesai membeli produk. Semuanya berjalan secara automatik.

Contoh sekiranya anda mahir memasak dan mahu membuka kelas kulinari, anda boleh lakukannya dengan membangunkan website atau menggunakan perkhidmatan sedia ada untuk menjalankan kelas online anda.

Sekiranya dibina dengan teratur, semuanya akan berjalan sendiri daripada proses pendaftaran, pembayaran, sehinggalah pembeli dapat menonton video-video anda. Cara ini anda tak perlukan staf yang ramai untuk jaga pendaftaran, menghantar emel, mengesahkan pembayaran dan sebagainya. Semuanya diuruskan oleh sistem.

Walaubagaimanapun, sistem automated e-commerce memerlukan kemahiran teknikal IT yang agak rumit. Membina website yang memuaskan bukanlah suatu perkara yang mudah. Anda boleh sahaja mendapatkan perkhidmatan pakar untuk membangun dan menguruskan website, namun anda juga perlu mengambil kira kos yang akan dikeluarkan nanti.

3. PELABURAN

(Kredit imej: CompareHero)

Jika sebut tentang pelaburan, apa yang anda fikirkan?

Rumah?
Emas?
Unit trust?

Ya, itu adalah antara instrumen pelaburan. Sebenarnya ada banyak lagi. Cuma konsep semuanya adalah hampir sama di mana anda sebagai pelabur perlu keluarkan wang pendahuluan sebagai pelaburan untuk mendapatkan hasil untung dan dividen di masa akan datang.

Contoh pelaburan lain yang mungkin anda selalu dengar namun tidak pernah cuba adalah saham. Saham secara mudahnya adalah pemilikan syarikat. Keuntungan daripada kenaikan harga saham dipanggil sebagai ‘capital gain’, manakala keuntungan daripada ganjaran yang dikongsikan oleh syarikat digelar sebagai ‘dividen’.

Sebenarnya ramai tidak tahu, pelaburan saham tidak memerlukan pengetahuan yang terlalu teknikal untuk anda mula ceburi. Anda tak perlu jadi akauntan bertauliah atau banker. Siapa sahaja anda, berlatarbelakangkan apa sekalipun anda layak untuk menjadi pelabur saham di Bursa Malaysia dan Global.

“Modal keras… kena duit banyak… tak mampu laa”

Siapa kata melabur perlukan modal yang terlalu besar? Salah tu.. Selagi mana anda boleh menyimpan setiap bulan, bermaksud anda boleh melabur. Ada yang mula melabur dengan RM1,000. Ada yang mula dengan RM5,000. Terpulang kepada kemampuan masing-masing.

Tetapi anda harus ingat… pelaburan sentiasa melibatkan risiko wang. Pelaburan yang tidak dijalankan dengan kaedah yang betul akan menghanguskan modal anda. Tidak kira apa bentuk pelaburan sekalipun. Ada ilmu sebelum mula melabur.

Dalam pelaburan saham, anda perlukan sedikit ilmu ‘membaca’ pergerakan saham dan pengurusan modal. Ilmu ini jika dipelajari, bukan anda seorang sahaja yang boleh guna. Malah anda turut boleh ajarkannya kepada isteri dan anak-anak.

Itulah 3 cara untuk anda mula bina pendapatan pasif. Setiap jalan pasti ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Yang penting, jika anda tidak mulakan hari ini, sampai bila-bila pun anda tak akan dapat merasa wang saku yang masuk sendiri ke dalam akaun anda sambil beristirehat.

Anda pilih sendiri, sama ada mahu terus bekerja hingga ke akhir hayat atau bersara muda dengan wang masuk kiri dan kanan melalui pendapatan pasif?

Nak selamatkan hari tua anda, berusaha mulai hari ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top