fbpx

3 Indeks Utama Pasaran Saham Di US

Anda nak tahu petunjuk ekonomi sesebuah negara? Lihatlah pada performance pasaran yang spesifik bagi negara tersebut! Cara paling mudah untuk menilai prestasi situasi pasaran secara keseluruhan adalah dengan meneliti indeks pasaran.

Indeks pasaran adalah penunjuk kepada prestasi rangkuman kumpulan saham-saham dalam kategori yang sama. Contohnya Dow Jones Transportation Index, seperti namanya indeks ini merangkumi saham-saham yang bertemakan transportation termasuklah industri airlines, transportation rental and leasing services, trucking, railroads, delivery services & marine transportation.

Sama juga seperti Food & Beverage Index akan tracks saham-saham makanan, Gold Index akan tracks saham-saham berkaitan emas, dan seterusnya. Di US sahaja ada lebih kurang 5,000 indeks tau!

Bercakap mengenai overview pasaran saham US, ada 3 indeks utama yang wajib semua trader tahu iaitu S&P 500, Dow Jones Industrial Average & Nasdaq Composite. Sekiranya anda trade saham-saham di US, anda mesti pantau 3 indeks ni secara dekat.

S&P 500 – Standard & Poor’s 500

500 syarikat teratas yang dipilih berdasarkan capitalisation. Namun constituent committee juga ambil kira faktor liquidity, public float, sector classification, financial viability & trading history. Diberi gelaran “pengukur keseluruhan terbaik” berdasarkan keadaan semasa pasaran ekuiti di Amerika Syarikat kerana terdiri daripada 500 syarikat dari semua sektor ekonomi termasuk saham yang disenaraikan di New York Stock Exchange dan juga pasaran saham Nasdaq. Secara keseluruhan, syarikat di dalam S&P 500 mewakili kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan saham Amerika Syarikat.

DJIA – Dow Jones Industrial Average

Merupakan penanda aras pasaran saham yang paling terkenal diantara ketiga-tiga indeks di Amerika Syarikat. Dow Jones Industrial Average (DJIA) merupakan indeks yang paling eksklusif dengan merangkumi hanya 30 buah saham yang kesemuanya merupakan syarikat terbesar, terkaya dan yang paling banyak diperdagangkan di Amerika Syarikat. Dow Jones melibatkan syarikat dari semua sektor utama kecuali sektor utiliti dan pengangkutan yang mempunyai indeks Dow Jones mereka yang tersendiri. Walaupun ramai yang melihat DJIA sebagai penunjuk utama arah pergerakan pasaran secara kasar, namun sebenarnya pergerakan Dow Jones hanyalah memberi maklumat kepada anda tentang prestasi saham-saham besar ataupun “blue chip”.

Nasdaq Composite

Terdiri daripada 3,300 saham terbesar dari sudut market capitalisation yang didagangkan di Nasdaq Exchange (tempat di mana technology stocks didagangkan). Atau lebih mudah difahami, Nasdaq Composite terdiri daripada saham-saham teknologi termasuklah industri software, biotech, semiconductors dan lain-lain. Nasdaq Composite juga tidak patut dikelirukan dengan Nasdaq 100, yang merupakan indeks 100 syarikat terbesar yang tersenarai di pasaran saham Nasdaq.

Jika ingin menilai performance sesuatu sektor saham US secara khusus, anda boleh merujuk senarai di bawah:

  • S&P Technology Select Sector (XLK)
  • S&P Health Care Select Sector (XLV)
  • S&P Utilities Select Sector (XLU)
  • S&P Consumer Discretionary Select Sector (XLY)
  • S&P Communication Services Select Sector (XLC)
  • S&P Consumer Staples Select Sector (XLP)
  • S&P Energy Select Sector (XLE)
  • S&P Materials Select Sector (XLB)
  • S&P Financial Select Sector (XLF)
  • S&P Industrial Select Sector (XLI)
  • S&P Real Estate Select Sector (XLRE)

Ingat, indeks memainkan peranan yang sangat penting kerana indeks menggambarkan prestasi pasaran secara keseluruhan. Sudah memadai jika anda fokus kepada indeks-indeks utama bagi setiap negara bagi produk yang anda trade.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

9 thoughts on “3 Indeks Utama Pasaran Saham Di US”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top