fbpx

3 Kaedah Mudah Baca Trend Bagi Beginner

Trend is your friend, until it bends, when it ends. Begitulah pentingnya trend dalam saham. Setiap pelabur atau pedagang wajib menguasai pembacaan trend supaya tak tersilap arah.

Janganlah ketika trend menurun kita membeli pula. Itu melawan trend namanya. Kebanyakan pelabur yang melawan trend akan hanyut dalam ombak ganas pasaran saham.

Bagaimana pula pelabur sofistikated membeli ketika trend berubah arah daripada menurun kepada menaik? Itu mereka gunakan teknik khusus seperti fibonacci projection, divergence, atau macam-macam cara lagi.

Kita ketepikan dulu bab ini. Yang paling mudah bagi pelabur baru ialah ‘ride the trend’. Kita bergerak seiring atau selari dengan trend. Trend sedang menaik kita layan. Trend sedang menurun kita berehat. Tak ada apa yang perlu dikejarkan pun. Kita nampak peluang, kita beli. Tak nampak peluang, tak perlu gatal tangan nak beli.

So bagaimana nak tahu trend sedang menaik (uptrend), menurun (downtrend) atau mendatar (sideway)? Di bawah saya kongsikan 3 kaedah mudah untuk membaca trend bagi beginner. Tak perlu apply semua, pilih salah satu dah ok.

1. Higher High, Higher Low

Higher high, higher low bermaksud harga saham membuat paras high lebih tinggi daripada sebelumnya, dan paras low yang juga lebih tinggi daripada sebelumnya (sila rujuk gambar di atas). Ini adalah cara yang mudah untuk kesan uptrend kerana selagi mana harga masih bergerak dengan bentuk higher high & higher low, ini membawa petanda saham tersebut masih komited untuk meneruskan bullish momentum. Sekiranya pola higher high & higher low ini dipecahkan, berkemungkinan trend boleh berubah arah.

2. Trend Indicator

Carta menunjukkan pergerakan harga saham Coca-cola yang lepas (tahun 1983-2009)

Penggunaan trend indicator juga boleh memudahkan kita untuk memahami trend. Walaupun ianya tidaklah terlalu tepat (kerana trend indicator adalah bersifat lagging), namun jika digunakan dengan betul, boleh menjadi petunjuk yang cukup reliable. Contoh dalam gambar menggunakan Simple Moving Average 200 (SMA-200). Ketika harga kekal berada di atas SMA-200, maka saham tersebut dalam keadaan uptrend. Sebaliknya ketika harga kekal berada di bawah SMA-200, maka saham tersebut dalam keadaan downtrend. Ada pelbagai lagi jenis trend indicator. Simple Moving Average merupakan yang termudah untuk dibaca dan sesuai untuk newbie.

3. Penggunaan Tool

Regression Trend digunakan untuk mengetahui saham masih dalam trend atau membuat perubahan arah.
Carta menunjukkan pergerakan harga saham Nvidia yang lepas (tahun 2015-2019)

Sesetengah trading platform menyediakan tools yang boleh membantu analisis kita. Setiap platform lain tools yang diberikan. Contohnya platform Tradingview menyediakan Regression Trend yang boleh digunakan untuk menyemak trend. Hanya perlu tarik dari satu point ke point lain, secara automatik akan melukis garisan regression beserta parallel lines (seakan-akan channel) untuk memudahkan anda membaca trend dan juga support & resistance bagi tempoh tersebut.

Alhamdulillah anda dah dapat gambaran serba sedikit berkenaan trend. Dapat ilmu sikit terus je amalkan ok? Baru la cepat pandai.

Nak lagi cepat pandai, ada ilmu terus share dengan orang lain. Tak kisah la walau sepotong ayat. Lagi senang share terus je artikel ni. Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca

…..

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri……Nak belajar saham secara bersistem?www.ddnkclassroom.com#DDNKSquad#VEGA#FirebrandTrader

4 thoughts on “3 Kaedah Mudah Baca Trend Bagi Beginner”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top