fbpx

3 Punca Trader Masih Tak Sedar Mengapa Loss

Mereka yang dah berkecimpung dalam trading rata-ratanya pasti pernah dengar “Emosi lebih penting berbanding teknik” bukan?

Ini bukanlah benda baru. Mana-mana traders yang kita jumpa pun pasti mengungkapkan frasa yang lebih kurang sama. Namun, sejauh mana kita betul-betul mengambil perhatian terhadap apa yang diperkatakan?

Ramai yang saya jumpa, mereka mengakui kebenaran bahawa psikologi lebih utama. Teknik adalah nombor tiga selepas money management. Pada masa yang sama, kami lihat mereka masih lagi terbuai untuk mencari teknik, bukan mencari jalan mengatasi emosi. Bila loss, yang dipersalahkan adalah teknik, bukan diri sendiri. Pada pengalaman saya, semua ini berpunca daripada perasaan tidak sabar untuk cepat untung.

Tidak Sabar Punca Rezeki Tidak Datang

Sabar dalam trading ada pelbagai keadaan. Kesilapan pertama, tidak sabar ketika ingin membuat entry. Mereka baca chart, tetapi mereka tak mahu tunggu pattern setup complete. Akhirnya terperangkap dalam pergerakan trend yang belum matang. Bila silap entry, exit juga akan jadi lebih mencabar.

Kesilapan kedua, tidak sabar apabila diuji kerugian. Sama ada kerugian atas kertas (unrealized loss) pun sudah rasa tidak sabar untuk menunggu dan tidak mempunyai holding power. Apatah lagi kerugian yang sudah nyata (realized loss) membuatkan perasaan membuak ingin memberontak. Apabila risiko telah dirancang, maka kita telah tahu berapa kerugian yang akan dialami dan kita sepatutnya telah bersedia untuk rugi sebanyak itu. Kenapa perlu rasa kecewa atau marah sekiranya kita dah sanggup untuk rugi sehingga tahap yang ditetapkan dari awal?

Asal masuk sahaja musim bearish, pasti ramai trader tak senang duduk kerana rugi. Tanya diri adakah rugi itu normal? Ya, Warren Buffett pelabur tersohor pun rugi ketika bearish cycle. Tetapi kenapa sehingga hari ini beliau masih ‘hidup’ dalam dunia investment? Tak lain tak bukan kerana semuanya terkawal. Modal, risiko semua dijaga. Kita boleh habis kesemua modal kenapa? Sebab overtrade bukan?

Kesilapan ketiga, tidak sabar untuk memajukan diri. Ya betul, semua orang belajar. Tetapi yang lebih utama ialah sejauh mana kita mencurahkan usaha untuk memajukan diri? Contohnya berapa kerapkah kita membuat bacaan berkenaan trading? Adakah kita ada buat trading plan sebelum trade? Selepas trade ada tak buat trading journal? Tak cukup lagi, kita analisis tak trading journal untuk ketahui perkara-perkara yang boleh kita perbetulkan?

Kesilapan-kesilapan ini jika tak diberi perhatian, akan sentiasa diulangi. Kita manusia, memang penuh dengan silap. Tetapi ini bukanlah alasan sekiranya anda ingin terus menjadi seorang trader yang konsisten.

Ingin berjaya? Ubah mindset anda mulai sekarang. Saya boleh ajarkan teknik. Sesiapa sahaja boleh ajarkan teknik. Namun mengubah mindset itu adalah tugas dan tanggungjawab anda sendiri. Amat rugi jika mentaliti tidak dibentuk dari sekarang. Jangan sehingga keluar “Alahai, alangkah baiknya daripada dulu aku berfikir begini…”

Ingat… Sabar itu mudah diungkapkan. Namun sukar untuk dilaksanakan. Semoga pembaca semua tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

6 thoughts on “3 Punca Trader Masih Tak Sedar Mengapa Loss”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top