fbpx

3 Tahun Kerjasama MyEG & Zhifei, Dapatkan Pengesahan JAKIM & Edar Vaksin Covid-19

Hari ini (7 Disember 2020) MyEG Services Bhd melaporkan telah memeteraikan 3 tahun kerjasama bersama Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical Co Ltd untuk mendapatkan pengesahan Halal daripada badan autoriti JAKIM dan menjadi pengedar vaksin Covid-19 keluaran syarikat China tersebut di Malaysia.

Dalam kenyataannya, MyEG telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), ikatan selama 3 tahun untuk menjalankan ujian klinikal vaksin Zhifei fasa ke-3 di Malaysia dan mendapatkan status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

MyEG menurut sumber turut menyatakan ujian klinikal fasa 3 akan menjadikan vaksin keluaran Zhifei salah satu daripada yang terawal untuk melalui ujian fasa terakhir tersebut di Malaysia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.

Zhifei adalah subsidiari kepada Chongqing Zhifei Biological Products Co Ltd, sebuah syarikat awam yang tersenarai di pasaran Shenzhen Stock Exchange dan telah lama berkecimpung dalam industri produk biologi sejak 2002, terutamanya vaksin untuk kegunaan manusia. Zhifei juga merupakan salah satu daripada 5 syarikat di China yang sedang menjalankan ujian klinikal vaksin fasa ke-3 di seluruh dunia.

Dengan berjayanya ujian klinikal fasa ke-3, MyEG bakal menjadi satu-satunya pengedar vaksin di Malaysia. Malah sejak 1 November 2020 lagi, KKM telah melantik MyEG untuk membangunkan dan mengoperasikan sistem MySafeTravel yang menyediakan fasiliti pematuhan bagi pengembara yang masuk ke negara ini, ujian Covid-19 dan keperluan kuarantin.

Tambahan pula, MyEG sebelum ini juga telah melaksanakan portal sehenti bagi pengesanan Covid-19 terhadap pekerja-pekerja di dalam negara, di mana melibatkan kolaborasi perkongsian data bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Sumber: TheEdge

Pergerakan harga saham MyEG, rangka masa harian

Ketika artikel ini ditulis, kelihatan sentimen pelabur memberi reaksi positif terhadap perkembangan ini sehinggakan saham MyEG telahpun melonjak sehingga 13.8% hanya dalam sehari.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top