6 Perkara Wajib Yang Ditilik Oleh Trader Profesional Pada Chart

Chart is a chart is a chart.

Segalanya tentang chart. Chart tiada perasaan. Tiada rasa bersalah. Tiada rasa kasihan. Tiada rasa simpati. Apa yang diberi, itulah yang anda akan dapat.

Kenapa pelabur perlu baca chart? Salah satu daripada 3 premis technical analysis ialah “market discounts everything”. Maksudnya, pasaran akan menggambarkan apa sahaja yang berlaku pada syarikat tu.

Contoh bila syarikat dapat kontrak baru, anda dapat lihat harga saham melonjak naik. Begitu juga jika syarikat mengalami krisis, anda dapat lihat harga saham merudum. Ini kerana pelabur-pelabur di pasaran bursa saham memberi reaksi lebih pantas berbanding berita yang disiarkan. Sebahagian mereka sudahpun mendapat info daripada orang dalam (insider).

Jadi sebenarnya jika anda nak melabur, anda tak perlu tahu kesemuanya cerita tentang syarikat. Tingkah laku pada carta akan menceritakan kesemuanya. Di sini kita sebagai pelabur perlu bijak membaca psikologi pasaran.

Jom kami kongsikan apa yang trader profesional cari dalam chart!


1. Trend

Boleh dikatakan, trend adalah raja dalam chart. Melabur tanpa melihat trend, samalah seperti memandu tanpa jalan raya dan lampu trafik. Bila-bila masa sahaja perkara tidak diduga boleh terjadi. Secara asasnya, kita wajib pandai membezakan trend menaik (bullish), menurun (bearish) dan mendatar (sideway).


2. Key Levels

Key levels merujuk kepada paras-paras harga yang penting seperti paras sokongan (support) dan halangan (resistance). Selain itu, key levels juga boleh diambil melalui nombor-nombor psikologi seperti nombor bulat (whole dollar), nombor Fibonacci, nombor Gann, neckline pada chart pattern, dan paras indicator seperti moving average.

Secara general, kita sentiasa mahu membeli saham ketika harga berada di atas dan berhampiran dengan key levels. Elakkan membeli saham yang tergantung antara dua key levels.


3. Momentum

Momentum menggambarkan kekuatan sementara pergerakan harga saham. Momentum boleh diukur berdasarkan pergerakan harga bagi tempoh singkat. Contohnya anda boleh melihat saiz candle, panjang atau pendek sesuatu candle. Selain itu, anda juga boleh kira kenaikan harga saham untuk tempoh 10 hari.

Saham yang mempunyai momentum yang kuat biasanya akan meneruskan pergerakan pada arah yang sama untuk beberapa tempoh masa lagi. Sekiranya anda melabur dalam saham yang tidak mempunyai momentum, berkemungkinan saham tersebut tidak akan bergerak laju dalam tempoh singkat.


4. Volatility

Selalu disalah ertikan dengan momentum. Volatility merujuk kepada berapa jauh sesuatu saham tersebut boleh capai. Volatility diukur menggunakan perbezaan harga tertinggi dan harga terendah bagi tempoh yang tertentu. Volatility adalah antara kayu pengukur yang sesuai untuk kita tentukan paras take profit dan paras cut loss. Saham yang mempunyai volatility tinggi biasanya dikaitkan dengan nilai risiko-ganjaran yang lebih besar dan spread yang lebih luas.


5. Volume

Volume ialah jumlah saham yang berjaya bertukar tangan. Volume digunakan sejajar dengan kenaikan harga untuk mengukur momentum. Volume yang besar memberi gambaran saham tersebut mendapat sambutan. Tiada guna beli saham jika saham itu hanya kita sorang je yang trade kan? Kita nak cari saham yang high demand. Baru ada value untuk kita jual semula pada harga lebih tinggi.


6. Liquidity

Sering tertukar dengan volume, liquidity lebih spesifik kepada berapa mudah sesuatu saham boleh dijual semula. Biasanya, saham dengan volume yang tinggi mempunyai kadar kecairan yang tinggi juga. Jika liquidity terlalu rendah, anda dapat melihat jurang spread juga menjadi sangat besar.


Dah dapat gambaran kan apa nak tengok dalam chart? Jangan risau sekiranya anda masih belum faham. Teruskan belajar kerana lama-kelamaan pasti anda juga dapat menguasai semua ini. Semua trader profesional juga pernah bermula dengan langkah pertama.

Jika bukan hari ini, bila lagi?

Dah ready nak belajar saham from ZERO? Jom bertapa seharian dengan DDNK kaedah yang betul baca chart. FREE jer!

Daftar sekarang di www.MenangSaham.com

Pssstttt… Jangan lupa SHARE kan sekali post ni ya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

2 thoughts on “6 Perkara Wajib Yang Ditilik Oleh Trader Profesional Pada Chart”

  1. Kemahuan adalah satu tingkah laku untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Kemahuan adalah jalan yang terbaik akan tetapi ada yang berisiko dan mudah, justeru sesuatu Kemahuan ingin berjaya adakalanya kita harus redah onak dan duri, itu lumrah Kemahuan ingin berjaya.

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top