7 Tips Yang Wajib Anda Tahu Sebelum ‘Trade On Breakout’

Trade semasa breakout telah terbukti mampu memberikan pulangan yang merangsangkan sekiranya anda mengendalikan trade mengikut tatacara yang betul.

Lihat sahaja statistik yang dikeluarkan oleh Thomas Bulkowski yang mengkaji chart pattern selama puluhan tahun, terdapat beberapa pattern yang membuahkan hasil kemungkinan berjaya yang tinggi.

Di sini kami ingin kongsikan 7 tips sekiranya anda benar-benar ingin konsisten meraih kemenangan melalui breakout:

1. Dapatkan Saham Yang Betul

Satu idea yang bagus sekiranya anda memilih saham-saham yang mempunyai support & resistance yang sangat kukuh. Inilah yang perlu anda pantau. Ingat, semakin kuat kedua-dua paras ini, semakin bagus juga hasilnya nanti selepas breakout berlaku.

2. Cari Breakout Yang Betul

Oleh kerana sesebuah saham kelihatan amat meyakinkan, itu tidak bermaksud anda patut laksanakan trade lebih awal. Sebaiknya, tunggu sehingga saham dah ready nak buat pergerakan yang betul. Menjadi satu amalan yang bagus jika anda boleh tunggu sampai penghujung trading session untuk pastikan anda masuk pada waktu yang tepat.

3. Tetapkan Objektif Yang Munasabah

Anda patut meletakkan jangkaan ke mana trade ini patut bermula dan berakhir. Sikap tergopoh-gopoh akan menyukarkan anda untuk tentukan bila perlu keluar posisi supaya boleh untung maksimum dan rugi minimum. Anda boleh dapatkan bantuan indicator, ataupun dengan mengukur jarak support dan resistance.

4. Biarkan Harga ‘Retest’

Apabila breakout, resistance akan bertukar menjadi support. Begitu juga sebaliknya jika breakdown, support bertukar menjadi resistance. Anda akan sedar bila dah buat banyak trade, kebiasaannya harga akan jatuh dahulu sebaik sahaja breakout. Sediakan payung sebelum hujan!

5. Fahami Apa Bakal Terjadi Sekiranya Breakout Gagal

Dalam situasi saham cuba untuk ‘retest’ selepas breakout, namun terus jatuh menembusi paras resistance yang baru sahaja bertukar menjadi support. Ini adalah saat di mana anda perlu sedar breakout tersebut telah gagal. Terima sahaja loss dan tinggalkan trade tersebut, berbanding anda terus menunggu dan biar emosi mengambil alih trade anda.

6. Keluar Sebaik Sahaja Sasaran Tercapai

Sama ada saham mencapai paras target profit atau stop loss, anda patut lepaskan pegangan saham tersebut. Jangan mempedulikan apa lagi pergerakan yang akan dibuat setelah itu. Ini untuk memastikan emosi anda sentiasa terjaga untuk trade yang seterusnya.

7. Bersabarlah

Anggap kesemua breakout ini adalah bagus. Namun ianya memerlukan sedikit kesabaran. Seandainya anda mula mengubah sikap dan ikut kesemua tips yang kami berikan di atas, anda akan menjadi seorang yang lebih berobjektif dalam setiap trade. Tiada musuh paling besar melainkan diri sendiri.

Tips nombor berapa yang biasanya jadi masalah bila anda trade on breakout? Cuba kongsi sikit dengan kami di ruangan komen.

Sumber: “Day Trading” oleh David Reese

Artikel Berkaitan

Scroll to Top