fbpx

Ada Apa Dengan Santa Rally Dan Bila Ianya Terjadi?

Debarannya semakin terasa. ‘Perayaan’ dalam pasaran yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelabur, Santa Rally semakin hampir.

Santa Rally adalah katalis bermusim yang sering dikaitkan dengan kenaikan pasaran saham secara berterusan pada minggu-minggu terakhir bulan Disember beserta 2 hari pertama pasaran dibuka pada Januari.

Ada pelbagai teori mengenai mengapa Santa Rally berlaku. Antaranya termasuklah pertimbangan cukai, perasaan optimistik dan kegembiraan di Wall Street, bonus akhir tahun, windows dressing, dan pelabur institusi pergi bercuti meninggalkan pelabur runcit yang biasanya berpandangan ke arah bullish.

Menurut buku “The Stock Trader’s Almanac”, Santa Rally telah menunjukkan sejarah pasaran positif 34 kali daripada 45 kali musim cuti tersebut. Pulangan purata secara kumulatif untuk 5 trading days terakhir Disember dan 2 trading days pertama Januari adalah 1.4% bagi tempoh tersebut.

Jom kita lihat carta indeks pasaran Bursa Malaysia (KLCI) dan pasaran US (S&P500) untuk 5 tahun yang lepas:

2019

KLCI Dis 2019 – Kenaikan berlaku sepanjang bulan Disember
S&P500 Dis 2019 – Kenaikan berlaku sepanjang bulan Disember

2018

KLCI Dis 2018 – Kenaikan bermula pertengahan bulan Disember
S&P500 Dis 2018 – Kenaikan bermula minggu terakhir bulan Disember

2017

KLCI Dis 2017 – Kenaikan berlaku sepanjang bulan Disember
S&P500 Dis 2017 – Kenaikan berlaku sepanjang bulan Disember

2016

KLCI Dis 2016 – Kenaikan bermula minggu terakhir bulan Disember
S&P500 Dis 2016 – Kenaikan bermula awal Disember, kemudian mendatar sepanjang bulan

2015

KLCI Dis 2015 – Kenaikan bermula pada pertengahan bulan Disember
S&P500 Dis 2015 – Kenaikan berlaku di pertengahan dan minggu terakhir bulan Disember

Kesimpulan

Menurut data 5 tahun yang lalu, tidak jelas bilakah waktu yang tepat berlakunya Santa Rally. Sebaiknya kita bersiap sedia bermula dari sekarang dan terus-menerus memerhati pasaran bersandarkan ilmu technical analysis untuk memastikan pembelian boleh dilakukan pada waktu yang betul.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

1 thought on “Ada Apa Dengan Santa Rally Dan Bila Ianya Terjadi?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top