fbpx

Ada Apa Dengan Support & Resistance?

Selalu dengar orang sembang pasal support & resistance… tak faham apa yang diorang bincangkan.

Konsep support & resistance mudah sahaja sebenarnya! Wajib pandai dan biasakan dengan istilah ini sekiranya nak berjaya dalam trading. Kerana support & resistance inilah asas paling penting dalam menentukan harga terbaik untuk anda beli dan jual saham.

Support

Harga saham bergerak ke atas dan ke bawah. Pada suatu masa, harga saham membuat kejatuhan sehinggalah suatu level di mana harga tidak lagi meneruskan kejatuhan sebaliknya membuat lantunan ke atas. Ibarat seperti melontar bola ke bawah, apabila mencecah lantai bola melantun semula ke atas. Paras lantai itulah yang dikenali sebagai ‘Support Level’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Aras Sokongan’.

Resistance

Terbalik daripada support. Apabila harga saham membuat kenaikan, sehingga suatu level harga tidak lagi meneruskan kenaikan sebaliknya membuat lantunan ke bawah. Seperti melontar bola ke siling, bola melantun semula ke bawah. Paras siling itulah yang dikenali sebagai ‘Resistance Level’ atau terjemahannya ‘Aras Rintangan’.

Jadi anda dah faham harga saham akan sentiasa melantun-lantun ke atas dan ke bawah antara support dan resistance.

Support & Resistance Breakout

Namun apa terjadi sekiranya support atau resistance dipecahkan?

Dua level ini hanya dipecahkan apabila terdapat momentum yang kuat. Bayangkan anda lontar bola sekuat hati ke siling, siling boleh pecah. Bola akan terus berada atas siling kerana siling tadi telahpun menjadi lantai kepada bola tersebut.

Resistance yang berjaya dipecahkan secara automatiknya akan berubah menjadi Support yang baru

Begitulah konsep support & resistance. Harga akan berlegar dalam kawasan antara support & resistance sehinggalah harga berjaya break salah satu daripada level tersebut, maka support & resistance baru akan dibentuk.

Apabila berjaya naik ke tingkat lain, aras support & resistance juga berubah

Di mana support dipijak, di situ resistance dijunjung. Diharap perkongsian asas ini dapat membantu anda dalam menjelajahi dunia trading. Sekiranya anda rasakan bermanfaat, sebarkan juga manfaat ini kepada rakan-rakan yang lain!

2 thoughts on “Ada Apa Dengan Support & Resistance?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top