fbpx

Adakah Pelaburan Boleh Menjadikan Anda Kaya Raya?

Pernah terfikir tak, adakah anda boleh menjadi kaya dengan melabur?

Perspektif awam melihat hanya orang kaya boleh melabur. Dah tentunya jika anda melabur, orang sekeliling akan fikir anda adalah orang kaya. Kami pernah berkongsi banyak kali sebelum ini. Saham bukan hanya untuk orang kaya. Setel.

Ini membawa kepada persoalan seterusnya, boleh ke melabur saham menjadikan anda kaya?

Sebelum kami menjawab lebih lanjut, apa kata kita lihat kepada pelabur-pelabur lagenda. Orang-orang seperti Warren Buffett, Ray Dalio, George Soros, Ed Seykota, Carl Icahn dan lain-lainnya, mereka boleh jadi kaya dengan pelaburan.

Malah jika anda lihat hampir kesemua orang terkaya dunia seperti Jeff Bezos, Bill Gates, Tim Cook dan Mark Zuckerberg, mereka semua ada melabur dalam perniagaan lain juga. Kerana mereka faham dengan cara melabur dapat menggandakan aset yang mudah untuk dicairkan.

Maka dengan sendirinya ini telah menjawab persoalan anda.

Namun anda harus beringat… Saham bukanlah skim cepat kaya. Anda tidak sesekali akan kaya sekelip mata dengan pelaburan saham. Dah namanya pelaburan, sama macam bisnes. Ada masa untung, ada masa rugi. Yang penting dengan kawalan risiko yang betul, rugi dapat dikurangkan.

Dunia masa kini terdapat banyak muslihat dan ilusi. Ada scam pelaburan yang janjikan anda kaya dalam masa beberapa jam sahaja. Jauhi kerana ‘pelaburan’ seperti ini sekiranya benar sekalipun, hukumnya adalah Riba’ kerana menjanjikan pulangan tetap adalah haram di sisi Islam.

Anda nak kaya dalam saham, anda mesti belajar langkahnya. Kena lalui liku-liku pasaran. Harus percaya pada proses melabur dan konsep rezeki yang betul. Terima bila anda salah. Tunduk bila anda benar.

Ada ilmu, tak susah pun. Part paling mencabar bukanlah untuk belajar untuk melabur. Tetapi bila sampai bahagian untuk melaksanakan pelaburan tu. Di situ segala emosi akan teruji.

InshaaAllah… Mudah-mudahan rakyat Malaysia semakin celik dengan dunia pelaburan sekaligus memakmurkan ekonomi negara di masa akan datang.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

15 thoughts on “Adakah Pelaburan Boleh Menjadikan Anda Kaya Raya?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top