fbpx

Airlines Meletup, Apa Dah Jadi?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Semenjak bermulanya pandemik Covid-19, syarikat-syarikat airlines majoritinya menghadapi cabaran dan tamparan yang sangat dahsyat. Bayangkan jika airport terpaksa tutup, border pun ditutup, bagaimana syarikat-syarikat ni nak survive?

Namun semalam 24 Ogos 2020 menyaksikan sinar baru bagi saham-saham syarikat penerbangan yang secara sepakat mencanak naik! Malah saham Boeing (BA) menduduki tempat pertama top gainers dalam kumpulan Dow Jones, di samping saham American Airlines Group (AAL), United Airlines Holdings (UAL) serta Delta Air Lines (DAL) ketiga-tiganya menduduki 5 tangga teratas bagi kelompok S&P500.

DJUSARBAAALUALDALLUVSAVEALKJBLU

*Bukan kesemua saham disebutkan di atas adalah patuh syariah. Saham ditunjukkan hanyalah untuk tujuan informasi dan bukanlah saranan untuk membeli saham yang disebutkan. Risiko ditanggung pelabur sendiri.

Kenapa saham-saham syarikat penerbangan ni naik secara mendadak? Mesti ada sesuatu yang berlaku kan?

Jom kita selongkar…

EPA Meluluskan Penyembur Lapisan Pembunuh Virus Untuk American Airlines

Semalam U.S. Environmental Protection Agency telah memberi emergency approval kepada American Airlines untuk menggunakan disinfectant keluaran Allied BioScience Inc. SurfaceWise2 ini dikatakan boleh bertahan sehingga 7 hari untuk melawan koronavirus, dan masih dalam kajian sama ada efektif atau tidak untuk digunakan di tempat-tempat awam seperti sekolah.

American Airlines akan mula menyemburkan kabin pesawat dengan disinfectant di pangkalannya di Texas setelah negeri itu mengemukakan permintaan untuk mendapatkan kelulusan darurat.

Southwest Airlines yang juga berpangkalan di Texas, telah menggunakan 2-step process di kabinnya yang melibatkan semburan pembasmi kuman yang diluluskan oleh EPA diikuti dengan lapisan semburan antimikrob yang boleh melindungi permukaan sekurang-kurangnya 30 hari.

Fuhhh~ Ini berita baik bagi airlines kan?

Ya, saham airlines pada masa ini sangat sensitif dengan berita-berita Covid. Apa-apa berita berkenaan keberkesanan langkah pencegahan Covid berkemungkinan beri impak positif kepada saham-saham dengan tema ini.

Are those stocks ready to take off?

Trader tak seharusnya terlalu cepat teruja. Kerana selagi vaksin atau apa-apa permanent solution belum dikomersialkan secara meluas, punca dan akar masalah masih belum selesai dan risiko masih ada di sana.

Apapun yang terjadi, kita pantau dan lihat ke mana halatuju saham-saham penerbangan ini. Hopefully segalanya cepat pulih dan industri pelancongan akan bersinar kembali demi kemakmuran ekonomi negara.

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Money Management

Sakit Kena Libas? Semak Money Management Anda!

Akhir-akhir ini kami percaya ramai yang menghadapi sedikit kesulitan dalam pasaran. Mana taknya, bulan ini sahaja Nasdaq 100 dah terjun sekitar 9%. Yang tak bestnya, apabila memasuki zon ‘Bearish’ atau

Magic Vs Attitude

Magic Vs Attitude

Dalam suatu kelas, kita dapati bukan semua pelajar akan mendapat keputusan yang sama. Mereka duduk dalam kelas yang sama. Mereka menggunakan bahan pembelajaran yang sama. Mereka belajar daripada guru yang

matlamat pelaburan

Ketahui Matlamat Dalam Pelaburan

Saya tahu ramai yang masih tercari-cari langkah masing-masing dalam pelaburan. Saya tak ingin guna istilah “kecundang” kerana setiap apa yang anda lalui adalah suatu journey yang unik dan mahal nilainya.

support & resistance is like a ball

Ada Apa Dengan Support & Resistance?

Selalu dengar orang sembang pasal support & resistance… tak faham apa yang diorang bincangkan. Konsep support & resistance mudah sahaja sebenarnya! Wajib pandai dan biasakan dengan istilah ini sekiranya nak

busy

Saya Busy, Mana Ada Masa Nak Labur Saham

Bestnya jika boleh jadikan saham sebagai sumber pendapatan kedua. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang busy? Kalau yang punch in 8 pagi punch out 5 petang, masih ada masa lagi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top