fbpx

Amanat Pakar Day Trading, John Carter

Bagi trader yang dah lama berkecimpung dalam day trading, pasti biasa dengar nama yang tak asing lagi iaitu John F. Carter.

Hantaran kali ini kami ingin kongsikan serba sedikit daripada kata-kata hikmah beliau menerusi bukunya yang berjudul ‘Mastering The Trade.’ John meninggalkan pesanan yang amat penting dan berguna. berguna. Kami rasakan anda wajib anda tahu jika anda mahu jadi seorang Full-time Trader yang menjalankan trading secara konsisten setiap hari.

Petikan yang diambil daripada bab “How is Trading Without a Specific Setup in Mind Like Hiking in the Amazon Without a Compass?” tersebut berbunyi:

“For me, the biggest difference in my trading occured when I leared to ignore my brain and just focus on a handful of good setups.”

Bagi saya (John Carter), perubahan ketara dalam trading berlaku apabila saya berjaya mengabaikan otak saya dan hanya fokus kepada trading setup yang baik dan berguna.

“Once I learned the setups, the next challenge was to have the discipline to follow them the same way, each and every time. I did this by recording my trading activity for more than a year and focusing on the results for each setup.”

“Setelah meneliti (telah lengkapnya) setup tersebut, cabaran seterusnya adalah bagaimana hendak mendisiplinkan diri untuk mengikut setup tersebut bulat-bulat, bagi setiap jenis setup dan setiap kali ianya berlaku. Saya berjaya lakukannya dengan merekod segala aktiviti trading (melalui trading journal) untuk lebih daripada setahun dan fokus kepada results daripada setiap setup.”

“If I deviated from the setup, if I tried to outthink it and got out too early or in too late, I noted this in my data and marked it as an “impulse play”. After a while, I noticed that these impulse plays didn’t make me any money.”

“Jika trade saya tersasar daripada setup, contohnya jika saya cuba untuk berfikir lebih bijak berbanding setup dan keluar posisi terlalu awal atau terlalu lewat, saya akan catatkannya sebagai “impulse play”. Setelah sekian waktu, saya sedar yang impulse play langsung tidak membantu saya untuk buat duit.”

“… I focused on executing a flawless setup. That is the key difference between a trader who can do this for a living and a trader who lives a life of quiet frustration.”

“Fokus saya seterusnya adalah terhadap melaksanakan setup secara sempurna. Itulah kunci perbezaan seorang trader yang boleh jadikan trading sebagai kerjaya untuk hidup dan trader yang hidup dengan penuh kekecewaan.”

“… If you want thrills, go to Disneyland.”

Sambung John dalam ayat terakhir perenggan tersebut: “Jika yang anda mahukan adalah keterujaan, sila ke Disneyland (tempatnya bukan dalam pasaran).”

Wowww… Menarik bukan?

Buat pengetahuan anda, cerita tentang psikologi sahaja dimuatkan sekitar lebih 1/3 daripada buku ini. Amat penting memahami psikologi trading dan pasaran sebelum memulakan aktiviti trading.

Fokus kepada setup penting, namun PELAKSAANNYA adalah lebih penting. Ramai orang terburu-buru dalam pasaran, sama seperti yang John sebutkan sebagai ‘impulsive play’ dan akhirnya mengabaikan trading setup.

Jangan pernah rasa anda lebih bijak daripada pasaran. Anda mesti berenang mengikut arus jika ingin selamat.

Belajar sesuatu?

Jom kongsikan kat ruangan komen apa yang anda faham melalui posting kali ini dan jangan lupa klik SHARE jika anda rasa perkongsian kali ini memberi kesedaran kepada anda.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

2 thoughts on “Amanat Pakar Day Trading, John Carter”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top