fbpx

Analogi Mudah Fundamental Analysis Vs Technical Analysis

Fundamental Analysis? Technical Analysis? Apa tu? Nahhh dalam artikel kali ini kami beri contoh perbezaan supaya senang untuk anda faham.

Mungkin ada yang masih pening-pening lagi bila dengar DDNK sebut istilah Fundamental Analysis (FA) & Technical Analysis (TA). Apa benda la FA & TA ni kan?

FA & TA adalah dua sekolah pemikiran atau dua metodologi yang berbeza dalam menilai harga saham. Sebelum beli mesti nak tahu saham tu murah ke mahal kan? Masalahnya apa penanda aras saham tu murah atau mahal?

Harga saham RM10 tu murah? Atau harga RM100 tu dikira masih murah?

Kalau beli kereta harga RM100k dikira mahal. Tapi kalau rumah banglo harga RM100k dikira murah. Kenapa? Kerana kedua-duanya membawa nilai dan fungsi berbeza. Sama juga setiap saham membawa nilai berbeza. Yang patut kita compare adalah harga vs nilai.

Nak cerita secara teori memang panjang. Esok baca pun belum tentu boleh habis. So kita terus stratight to the point bagi analogi perbezaan antara FA & TA supaya anda lebih mudah faham:

Begini. Katakan anda nak makan di sebuah restoran, apakah kriteria pemilihan restoran yang menjadi keutamaan anda?

Kritera (A):
– Makanan yang lazat
– Kedai yang cantik dan selesa
– Pemilik kedai dikenali
– Kedai dah lama bertapak

ATAU

KRITERIA (B):
– Kedai yang menjadi bualan ramai
– Ramai yang beratur untuk membeli
– Setiap masa kedai tak pernah lengang

Kriteria (A) adalah lebih dekat dengan gaya FA. Ini kerana FA menekankan mengenai performance syarikat. Kita baca track records perkembangan syarikat tersebut, dan mengandaikan sekiranya syarikat tersebut boleh grow lebih jauh atau sebaliknya.

Antara soalan yang perlu ditanya adalah syarikat buat untung ke rugi? Cashflow syarikat cantik tak? Hutang banyak tak? Siapa CEO syarikat tersebut? Berapa banyak cawangan dia ada? Syarikat bersaiz besar atau tak? Gempak tak produk syarikat tu? Ada dapat apa-apa projek tak?

Kriteria (B) pula lebih dekat dengan gaya TA. Ini kerana TA fokus kepada pergerakan harga saham, iaitu refleksi kepada permintaan orang ramai. Sesuatu kaunter yang mendapat sambutan, kemungkinan besar harganya akan bergerak dengan lebih laju sama ada ke atas atau ke bawah. Maka para traders mengambil kesempatan ke atas setiap kali perubahan naik turun harga.

Antara soalan berkaitan adalah ramai tak beli saham tu (volume) hari ni? Di mana harga saham sekarang? Di paras tertinggi? Di tengah-tengah? Atau di bawah? Berapa harga tertinggi dan terendah saham tu dalam tempoh 3 bulan lepas? 6 bulan lepas? 1 tahun lepas? Carta pergerakan saham buat bentuk apa? Bendera? Bukit? Cawan? Mangkuk?

Jadi orang yang study saham guna TA ni adakalanya dia tak peduli dah syarikat tu buat untung ke rugi untuk suku tahun tu. Cukup tengok carta untuk tahu harga tengah diskaun atau bukan.

Bila nak guna FA? Biasanya FA ni sesuai untuk long-term trader atau investor. Nak pegang saham dalam tempoh lama, FA agak selamat.

TA pula sesuai untuk mereka yang lebih agresif. Yang nak buat duit dalam masa singkat. Medium-term trader atau short-term trader. Ada peluang sauk. Beli sebelum orang lain beli. Jual sebelum orang lain jual.

Faham?

Sekarang anda dah nampak kan bayang-bayang perbezaan antara ilmu FA dan TA? Jika anda nak lagi perkongsian menarik, jangan lupa SHARE kerana kami lagi gembira bila ramai yang dapat manfaat sekali.

9 thoughts on “Analogi Mudah Fundamental Analysis Vs Technical Analysis”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top