fbpx

Antara 4 Perkara Yang Perlu Ada Untuk Pelabur Baru

Anda sudah membuat keputusan untuk menceburi bidang pelaburan saham? Alhamdulillah, anda telah berjaya memecahkan tembok halangan yang pertama, iaitu pemikiran anda sendiri.

Namun, sebagai pelabur baharu, apa yang anda perlu lakukan untuk survive sepanjang tahun pertama dalam dunia pelaburan saham?

Ini kerana sebagai pelabur baharu, tempoh setahun pertama adalah amat penting dan dianggap paling mencabar kerana anda perlu serap sebanyak mungkin ilmu pelaburan saham dan belajar daripada kesilapan.

Tempoh ini adalah waktu untuk anda mengenali diri sendiri sebagai pelabur.

Jika anda berjaya mengharungi tahun pertama ini, anda sudah berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam dunia pelaburan saham yang sebelum ini begitu asing kepada anda.

Namun kadang-kala ramai yang tersilap langkah atau meletakkan jangkaan yang salah sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengharungi pengalaman buruk pada tahun pertama sebagai pelabur yang akhirnya menjatuhkan motivasi mereka untuk meneruskan perjalanan dalam dunia pelaburan.

Jadi untuk membantu anda membuat keputusan yang betul dan meletakkan jangkaan yang munasabah sebagai pelabur baharu, mari kita lihat apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda elakkan pada tahun pertama sebagai pelabur saham:

  1. JANGKAAN

Salah: Menjangkakan hasil pelaburan akan meningkat sekali ganda dalam tahun pertama pelaburan. Apabila jangkaan ini meleset, semangat pun luntur.

Betul: Sebagai pelabur baharu, anda hanya perlu fokus untuk memastikan anda tidak kehilangan semua duit yang dilaburkan supaya anda dapat terus melabur dan belajar. Tolak tepi dahulu jangkaan dan harapan untuk mendapat pulangan tinggi kerana ia hanya akan hadir apabila anda sudah mahir.

  1. FOKUS

Salah: Berterusan mencuba dan bertukar ke cara melabur yang berbeza setiap kali berlaku kerugian atau pelaburan yang dibuat tidak memberikan pulangan setinggi yang dimahukan.

Betul: Pilih hanya satu pendekatan dan cara pelaburan yang terbaik. Belajar sebanyak mungkin menggunakan cara ini. Elakkan melompat dari satu sistem kepada sistem yang lain dan elakkan terjebak dalam mentaliti ‘mahu cepat kaya’.

  1. TEKNIK

Salah: Menggunakan petunjuk-petunjuk pelaburan saham secara semberono dan tidak cuba untuk memahami mengapa anda perlu menggunakan petunjuk itu.

Betul: Cuba fahami dengan mendalam setiap konsep pelaburan dan petunjuk-petunjuk yang anda gunakan untuk membuat pelaburan. Anda sepatutnya menjadi pakar dalam stail atau sistem pelaburan yang anda pilih.

  1. MENTOR

Salah: Belajar dengan ‘guru’ pertama yang anda jumpa yang menjanjikan pulangan besar tanpa banyak usaha. Atau, anda semata-mata menjadi pengikut kepada ‘guru’ yang memberikan petunjuk bila anda patut melabur dan saham apa yang patut dibeli tanpa anda sendiri memahaminya.

Betul: Cari guru yang mengaudit pelaburan anda dan membantu anda mencari personaliti anda sebagai pelabur. Apabila anda dididik dengan betul dan mengenali kecenderungan anda sendiri, barulah anda boleh melabur dengan betul tanpa bergantung harap kepada orang lain.

Tentu sekali, antara semua elemen di atas, apa yang paling penting ialah anda mencari mentor yang betul. Guru yang baik bukan sekadar berkongsi pengetahuan tetapi juga sentiasa mengingatkan anda apa yang perlu dielakkan berdasarkan pengalamannya sendiri.

Jika anda telah mula melabur dan mempunyai banyak persoalan yang perlu dirungkai, saya alu-alukan anda untuk menyertai kelas pelaburan saham kendalian saya yang akan mengajar anda kemahiran saham tahap tinggi. Layari www.pelaburglobal.com untuk maklumat lanjut. Insyaallah kami akan maklumkan lokasi terbaru kami.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

9 thoughts on “Antara 4 Perkara Yang Perlu Ada Untuk Pelabur Baru”

  1. Avatar
    HAZIRAH HUSNA BINTI ABDULLAH

    Assalamualaikum Tuan. Maaf nak tanya. Saya nak join program Hardcore Trader Bulan Feb 2019 boleh? Sebab bulan Feb tersebut saya sedang cuti semester dan itu sahaja harapan saya. Harap pihak tuan dapat pertimbangkan permintaan saya. Terima kasih Tuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top