fbpx

Apa itu Earnings Season dan Apa Kesannya Terhadap Pasaran Saham?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Earnings season” atau musim pendapatan ialah waktu dimana syarikat-syarikat yang didagangkan di dalam bursa saham mengemukakan laporan pendapatan suku tahunan & fiscal year mereka. Secara umumnya, setiap earnings season bermula satu atau dua minggu selepas bulan terakhir bagi setiap suku tahunan (Disember, Mac, Jun, dan September).

Bilakah Earnings Diumumkan?

Contoh Jadual Earnings Minggu Ini (Sumber: Earnings Whispers)

Kebiasaannya sebahagian besar syarikat yang tersenarai di dalam bursa saham mengemukakan pendapatan sukuan mereka di antara awal bulan sehingga pertengahan bulan Januari, April, Julai, dan Oktober. Tetapi ada juga syarikat yang melaporkan pendapatan sukuan mereka di luar waktu berlakunya earnings season kerana tarikh untuk melapor pendapatan sukuan syarikat bergantung pada bila suku sesuatu syarikat berakhir. Oleh itu, ia merupakan satu perkara yang biasa sekiranya sesuatu syarikat itu melaporkan pendapatan mereka pada waktu antara dua earnings season.

Kesan Earnings Terhadap Pasaran

Semasa earnings season ini berlangsung, pasaran akan meningkat aktif kerana peserta (penganalisa-penganalisa, trader-trader, dan juga pelabur-pelabur) bakal mengkaji semula laporan pendapatan yang dikemukakan. Keadaan ini bakal memberikan pergerakan positif atau pun negatif terhadap nilai saham syarikat tersebut. Anda seringkali dapat lihat peningkatan dalam aktiviti perdagangan sesuatu saham syarikat yang mengemukakan laporan mereka dengan pergerakan tersebut melambangkan suatu tindak balas pasaran terhadap data baru yang terkandung di dalam laporan tersebut.

Kesan Earnings Terhadap Saham

Gap Down Selepas Earnings Diumumkan

Di samping itu, kenaikan harga yang melambung tinggi secara tiba-tiba mahupun penurunan yang mendadak adalah antara kesan-kesan yang biasa berlaku hasil dari pengeluaran earnings. Ini biasanya berlaku disebabkan oleh jurang perbezaan antara analysts’ estimates dan actual results. Contoh jika EPS estimation bagi saham A adalah $1.32, namun yang diumumkan adalah $1.51. Maka actual EPS dah beat expectation dan surprise sebanyak $0.19 tersebut berkemungkinan besar memberi impak positif kepada harga saham tersebut dan begitu juga sebaliknya.

Ukuran Earnings

Terdapat pelbagai cara untuk membaca sesuatu laporan earnings. Sesetengah penganalisa sukakan pengiraan pendapatan sebelum cukai yang juga dirujuk sebagai pendapatan sebelum cukai, atau EBT (Earnings Before Tax). Ada sesetengah penganalisa pula suka melihat pendapatan sebelum faedah dan cukai, atau EBIT (Earnings Before Interest and Tax).

Penganalisa-penganalisa yang lain pula, terutamanya yang berkait dengan industri yang mengandungi nilai fixed assets yang tinggi, lebih suka melihat pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan, yang turut dikenali sebagai EBITDA (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Ammortization). Ketiga-tiga langkah ini memberikan kadar mengukur keuntungan yang berbeza.

Antara ukuran lain yang sering juga digunakan oleh para penganalisa adalah dengan menilai EPS (Earnings Per Share), P/E Ratio (Price-to-Earnings Ratio) dan Earnings Yield.

Bagaimana Trade Earnings?

Walaupun earnings adalah suatu ‘special event‘ yang boleh dijangka (tarikhnya diumumkan), namun outcome daripada earnings mempunyai elemen kejutan yang sangat tinggi berbanding waktu biasa.

Ada pelbagai teknik dan cara khas untuk trade saham sebelum, ketika dan selepas earnings terutama bagi options traders. Ianya bukanlah sekadar melibatkan kaedah technical analysis yang biasa, namun juga pemahaman sebab dan akibat terhadap instrumen yang digunakan.

Sekiranya anda masih lagi baru, elakkan trade ketika earnings. Adalah lebih baik jika anda entry selepas earnings berlaku kerana pada waktu itu, pergerakan saham sudahpun dipastikan.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu

trading platform

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?” Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk

1 thought on “Apa itu Earnings Season dan Apa Kesannya Terhadap Pasaran Saham?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top