fbpx

Apa Khabar Minyak Mentah Dunia?

Pengeluar minyak mentah terbesar di Amerika dan terbesar di dunia telah memberhentikan aktiviti di telaga dan pusat penapisan minyak disebabkan cuaca musim sejuk yang melampau, ini telah menyebabkan kenaikan harga minyak pada Selasa lepas.

Harga turun naik susulan pemberontak kumpulan Yaman Iran Houthi menyerang lapangan terbang di Arab Saudi menggunakan dron. Selain itu, faktor bekalan minyak mentah berkurang dan pandangan optimistik disebabkan oleh vaksin Covid-19 akan diagih seluruh dunia turut menaikkan harga minyak.

Minyak mentah Brent naik sebanyak 11 sen, atau 0.2%, pada $63.41 se tong dan melepasi harga tertinggi sejak Januari 2020.

Minyak mentah U.S. West Texas Intermediate (WTI) naik sebanyak 62 sen, atau 1%, kepada $60.09 se tong. Harga WTI sambung pada hari Selasa kerana Isnin lepas adalah cuti awam buat US.

Ketua pasaran global di Axi, Stephen Innes berkata: “Bekalan terputus disebabkan cuaca buruk telah meningkatkan harga minyak kepada paras yang tinggi dalam masa yang singkat.” 

Cuaca sejuk di US telah menangguhkan aktiviti di telaga dan pusat penapisan minyak pada Isnin lepas dan menghalang operasi gas asli dan perpaipan minyak mentah. 

Bencana ini juga mengakibatkan terputus bekalan elektrik dan hampir 3 juta rumah dan bangunan perniagaan kehilangan bekalan elektrik. 

Texas menghasilkan hampir 4.6 juta tong minyak setiap hari dan merupakan negeri kepada 31 pusat penapisan minyak, terbanyak dalam negeri di US. Menurut Energy Information Administration data, antara terbesar dalam negara Amerika. 

Di Timur Tengah, kumpulan Yaman Iran Houthi mengaku bahawa mereka melakukan kerosakan terhadap lapangan terbang Arab Saudi di Abha dan Jeddah menggunakan dron.

Saudi berkata mereka telah memintas dan merosakkan dron milik pemberontak tersebut.

World Health Organization (WHO) menyenaraikan vaksin Covid-19 dicipta oleh AstraZeneca dan Oxford Universiti sebagai penggunaan kecemasan, kerana ianya lepih berpatutan untuk dijual kepada negara sedang membangun. 

Sumber: Reuters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1 thought on “Apa Khabar Minyak Mentah Dunia?”

Leave a Reply to Rosnan Abdullah Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top