fbpx

Apple Meletakkan Tahun 2024 Sebagai Tahun Pengeluaran Kereta

Syarikat Apple Inc menyasarkan 2024 untuk mengeluarkan kenderaan pandu-sendiri yang akan mengintegrasikan teknologi bateri baharu syarikat tersebut.

Projek pengeluar iPhone dinamakan sebagai “Project Titan” telah melalui pelbagai cabaran yang berliku sejak tahun 2014 apabila projek tersebut bermula. Apple pernah menghentikan projek tersebut untuk memberi fokus kepada teknologi perisiannya dan melakukan penilaian semula terhadap objektif syarikat. 

Bateri dengan reka bentuk terbaharu menjadi teras kepada strategi Apple. Bateri tersebut akan mengurangkan secara “radikal” kos pembuatan dan meningkatkan jarak maksimum kenderaan.

Namun, Apple menolak daripada memberi sebarang komen mengenai pelan atau produk pada masa hadapan.

Situasi masih tidak jelas siapa atau di mana kereta berjenama Apple akan dibuat. Dijangkakan syarikat tersebut akan bekerjasama dengan rakan perniagaan daripada sektor pembuatan untuk menghasilkan kereta Apple tersebut. Terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa Apple akan mengurangkan beban kerja dengan mengintegrasikan sistem memandu berautonomi daripada pengeluar kereta yang sedia ada.

Kereta Apple juga mungkin akan menggunakan teknologi sensor Lidar untuk mengimbas jarak. Teknologi tersebut berkemungkinan akan diperoleh daripada teknologi sedia ada yang dikembangkan oleh Apple sendiri untuk iPhone 12 Pro dan iPad Pro yang dikeluarkan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pelan Apple berkemungkinan akan dilanjutkan akibat pandemik Covid-19 sehingga tahun 2025 atau lebih lewat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top