fbpx

Asyik Cerita Pelaburan, Saham Akhirat Lagi Penting!

Saban tahun pasti kami akan terjumpa komen yang berbunyi lebih kurang sebegini:

“Dah-dah la cerita pasal saham. Saham akhirat kan lebih penting!”

Haaa macam mana ni?

Pertama sekali, kami memang setuju… pelaburan saham adalah perkara duniawi. Namun mementingkan akhirat tidak bermaksud anda harus tinggalkan urusan dunia. Lebih-lebih lagi aktiviti penting yang dapat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

Malah agama kita mengajar kita untuk menjaga 5 perkara, dipanggil sebagai Maqasid Syariah. Antaranya termasuklah menjaga harta. Harta adalah amanah Allah dan mestilah diuruskan dan disalurkan dengan baik.

Islam tidak memandang enteng kepada urusan kewangan. Malah para sarjana Islam sering membincangkan isu kewangan secara khusus. Imam As-Syafie rhm. contohnya menghimpunkan permasalahan kewangan, jual beli dan harta dalam bab Muamalat.

Jika tiada orang bercerita tentang kewangan, maka tidak akan tertubuhlah institusi kewangan dan perbankan Islamik.

Jika tiada orang bercerita tentang perlindungan masa depan atau ‘insurans’, maka tidak akan wujudlah produk patuh syariah seperti takaful.

Jika tiada orang bercerita tentang saham, maka tidak adalah pelabur-pelabur Muslim yang menguasai ekuiti di Malaysia dan peringkat global.

Di peringkat profesional, kita siap ada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang memantau hal ehwal kepatuhan syariah saham-saham di Bursa Malaysia.

Tak cukup lagi?

Anda boleh ke laman web pusat zakat negeri masing-masing dan di sana anda akan lihat mereka telah sediakan muka surat khas untuk zakat saham.

Masih nak kata saham tak penting?

Baiklah, kita biarkanlah sahaja syarikat-syarikat penting di negara kita dikuasai oleh orang lain. Dan sama-sama lihat apa akibatnya 10 atau 20 tahun akan datang.

Ada berani?

4 thoughts on “Asyik Cerita Pelaburan, Saham Akhirat Lagi Penting!”

  1. Avatar
    Pn. Rosna Binti Kamruddin

    assalamualaikum saya rosna . dah daftar 2/1/2021 aritu nak oneline satu pun saya tak faham nak mula. saya ni memang berminat tapi langsung tak faham cara nak oneline

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top