Awas, Jangan Beli Saham Jika Perasaan Ini Wujud Dalam Diri Anda!

Jual beli saham bukan hanya memerlukan kemahiran daripada aspek teknikal. Malah, perkara yang lebih utama yang ramai orang terlepas pandang adalah kawalan emosi diri.

Sudah menjadi lumrah, pelabur baru pastinya ghairah dengan teknik dan strategi yang canggih. Apatah lagi jika ianya digelar dengan nama-nama yang unik dan bombastik. Semestinya mereka akan menganggap inilah teknik ‘holy grail’ yang tidak akan rugi.

Hakikatnya, teknik dan strategi hanyalah menyumbang sebanyak 10% sahaja terhadap kemenangan dalam pelaburan saham. 20% lagi disumbang oleh money management manakala selebihnya 70% diwakili oleh penguasaan emosi.

Majlis Pelancaran IFTA 2018 – Dari kiri: David Keller, John Bollinger, Dato’ Dr. Nazri Khan, Perry Kaufman, Julius de Kempenaer

Sudah ramai trader hebat dunia yang kami temui seperti John Bollinger, Andrea Unger, Perry Kaufman, dan lain-lain. Rata-rata mereka menggunakan pendekatan yang mudah dan ringkas dalam trading, namun masih berjaya konsisten dalam bidang pelaburan saham. Ini kerana mereka mampu menguasai psikologi pasaran dan psikologi diri semasa melabur dan tidak terikut-ikut dengan emosi semasa trading.

Ini antara kesilapan yang biasanya diabaikan oleh pelabur-pelabur baru:


1. Tamak Tidak Selalunya Bagus

Kredit Foto: Netflix, Squid Game

Perasaan tamak boleh menjadi sesuatu yang bagus apabila kita membiarkan keuntungan berjalan dan boleh membantu mengurangkan risiko dengan mengaplikasi nisbah risiko-ganjaran yang berbaloi.

Namun sifat tamak juga boleh menjerat pelabur untuk memegang posisi secara berlebihan. Katakan trade anda telah ditentukan dengan nisbah untung:rugi bersamaan 3:1. Ketika anda sudahpun mencapai sasaran, pada waktu itu anda mungkin terfikir “ni senang je, tak perlu risau pun, saya ada hak untuk buat duit lebih lagi”. Ni adalah contoh bisikan tamak yang tidak bagus.

Lebih parah jika anda menambah lagi posisi baru semata-mata ingin mengaut keuntungan yang lebih besar sehingga melanggar prinsip money management. Ini adalah perkara yang sangat berbahaya dan perlu dijauhi.


2. Takut Mesti Dikawal

Kredit Foto: Netflix, Squid Game

Realitinya, perasaan takut adalah suatu perkara yang bagus kerana takut mengingatkan kita kepada betapa peritnya kekalahan dan kehilangan wang. Hal ini menyebabkan kita lebih berhati-hati dalam proses pemilihan saham.

Pun begitu, perasaan takut mestilah dikawal. Kesilapan yang biasa pelabur baru buat selalunya ketika saham mulai membuat kejatuhan. Bila rasa panik menguasai diri, pelabur cenderung untuk menjual saham mereka pada waktu yang tidak kondusif. Cut loss terlalu pantas juga antara punca mengapa trading system seseorang tidak dapat berfungsi dengan cemerlang.

Sebaiknya, acukanlah perasaan takut pada situasi yang betul. Takutlah untuk membeli saham yang salah pada waktu yang salah, dan takutlah untuk menjual saham tanpa panduan daripada trading plan anda.


3. Berharap Adalah Emosi Berbahaya

Kredit Foto: Netflix, Squid Game

Hal yang berlawanan dengan takut adalah berharap. Anda patut mengawal emosi ini kerana nafsu ini boleh membutakan keputusan kita sehingga melibatkan diri dalam risiko yang lebih besar akibat dorongan perasaan yakin yang tidak berasas.

Misalnya ketika rugi, anda sepatutnya semak adakah kerugian tersebut telah mencapai paras stop loss? Masih ramai yang membiarkan saham mereka terus merudum dengan harapan ianya akan naik semula.

Ada juga yang masih menegakkan ego mereka sehingga menambah posisi baru (averaging down) dengan keyakinan saham tersebut pasti akan melonjak naik. Pelabur yang baik mereka akan sentiasa rendah diri dan sanggup mengakui kekalahan mereka.

Seorang trader ternama, Jesse Livermore pernah berkata: “Kekalahan tidak pernah menggugat setelah saya mengakuinya. Saya melupakannya hanya dalam satu malam. Namun ketika salah – lalu tidak menerima kekalahan tersebut, itulah kejahatan yang akan memberi tamparan kepada modal dan jiwa.”


4. Jerat FOMO

Kredit Foto: Netflix, Squid Game

Fear-of-missing-out (FOMO) merujuk kepada perasaan takut terlepas peluang sehingga memaksa diri untuk berkejar-kejar membeli saham. Nampak orang lain beli, kita pun sibuk nak beli. Nampak harga mencanak naik, kita pun tidak sabar nak tumpang sekaki.

FOMO boleh dikatakan penyebab utama mengapa pelabur sering membeli di pucuk. Di saat volume melonjak kerana transaksi terlalu rancak, kita akan mendengar banyak ‘bisikan-bisikan’ daripada group atau rakan-rakan menyuruh kita membeli saham tersebut.

Berdasarkan pengalaman kami, sekiranya anda dengar-dengar orang bercerita tentang sesuatu saham, ketahuilah sebenarnya anda dah pun terlambat. Tiada gunanya anda membeli saham hanya kerana dengar cakap orang. Sentiasa beringat, FOMO tidak pernah menguntungkan!


Akhir kata, anda dah pun faham apakah emosi-emosi yang tak sepatutnya diamalkan dalam pelaburan. Kita faham, secara praktikalnya ianya tidaklah semudah yang digambarkan kerana psikologi manusia sentiasa berubah-ubah dan boleh dirangsang oleh keadaan sekeliling. Oleh itu, kami mengesyorkan anda buatlah latih tubi menggunakan demo account dan catat segala transaksi untuk anda semak semula apakah kesilapan emosi yang anda pernah buat.

Ingat, pelabur berjaya bukan kerana sistemnya, tetapi bagaimana mereka boleh memenuhi tuntutan sistem dengan penuh disiplin. Pelaburan anda adalah tanggungjawab anda.

Tulis di ruangan komen, anda selalu buat kesalahan yang mana?

Jangan lupa ruang untuk belajar saham bersama DDNK secara PERCUMA masih dibuka. Daftar sebelum slot penuh di www.menangsaham.com!

Sumber: TradeStation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

3 thoughts on “Awas, Jangan Beli Saham Jika Perasaan Ini Wujud Dalam Diri Anda!”

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top