BARU JE GAJI, TAKKAN TINGGAL BANYAK NI JE DUIT??

Tiga Persediaan Penting Untuk Elak Masalah Kewangan

BARU JE GAJI, TAKKAN TINGGAL BANYAK NI JE DUIT?? LAGI 20 HARI NAK HIDUP NI!!

Haa..mesti ada yang macam ni kan..? Bukan nak mempersendakan, tapi itulah hakikatnya. Realiti yang perlu di hadapi.

Berat Mata Memandang, Perit Lagi Bila Mengalaminya Sendiri.

Semua orang pernah merasa, bukannya tak pernah alami. Untuk kebaikan bersama, saya kongsikan kepada anda TIGA PERSEDIAAN PENTING UNTUK ELAK MASALAH KEWANGAN.

Bagi mereka yang komited mahu mengetahui bagaimana cara untuk menjadikan pelaburan sebagai sumber pendapatan kedua, hadir ke Seminar Pelabur Global.

1) SIMPANAN

Anda perlu berdisiplin dalam menyimpan. Menyimpan dahulu, baru berbelanja. Hendak menyimpan juga ada aturannya. Perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Bukan yang itu kita simpan dan yang itu juga kita guna waktu kecemasan. Bila tengok akaun balance sama je, tak bergerak. Padahal dah 10 tahun menyimpan tu.

2) PELBAGAIKAN PELABURAN

Kita sekarang ni zaman serba ada. Macam-macam ada. Pelaburan pun macam-macam ada. Ada pulangan kecil, besar. Jangka masa panjang, pendek. Tapi yang paling best pulangan besar dan cepat. Dijamin pulak tu. Ramai orang suka. Nama diberi Pelaburan Skim Cepat Kaya.

Lagi best, lepas dah masuk skim tu boleh jadi ‘femes’. Sebab buat report ramai-ramai, masuk suratkhabar. Point saya di sini, kita ni kena bijak pilih pelaburan. Ikut kemampuan.

JANGAN SEBAB NAK MELABUR, KITA TAMBAH HUTANG. Ingat tu..

Kita cari ilmu pelaburan yang betul. Takda ilmu dalam dunia ni yang kita tak perlu belajar.

3) HENTIKAN SIKAP BOROS

Yang ini selalu terbabas. Susah nak control. Kecuali kawan tu memang kodokut. Orang kodokut paling senang control masalah ni.

Nak buat macam mane, kita terpaksa belajar kedekut jugak. Untuk kebaikan kewangan masa depan. Senang sekarang belum tentu lagi akan senang juga akan datang. Kena be prepare.

Tapi zakat dan sedekah jangan kedekut. Lebih takpe, kurang jangan. Allah tu maha kaya lahh..

1 thought on “BARU JE GAJI, TAKKAN TINGGAL BANYAK NI JE DUIT??”

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top