fbpx

Beli Saham RM10 Hanya Gimik? Fakta Atau Auta?

“Biar benar boleh beli saham dengan RM10?”
“Brokerage fee pun tak lepas, macam mana boleh jadi hanya RM10?”
“Trade RM10 hanya gimik jer”

“Arghhhh, dah 2020 ni. kena game laaaa..”

Dan macam-macam lagilah kata orang. Baik yang belum pernah mencuba, mahupun yang dah agak lama berkecimpung dalam dunia pelaburan, ada sahaja yang tak setuju.

Kami tidak hairan sekiranya masih ada yang belum tahu. Yang kami hairan adalah yang tak tahu tetapi buat-buat tahu. Kemudian tak mahu belajar, tak mahu bertanya namun sambil lewa membuat andaian sendiri serta terus-menerus mempengaruhi orang ramai. Inilah masalah jika hanya belajar melalui sumber tidak rasmi seperti forum, blog, artikel, youtube atau majalah. Anda tidak mendapat capaian kepada sesuatu ilmu secara menyeluruh.

So macam mana saham boleh dibeli dengan RM10?

Saham di Bursa Malaysia kita beli dalam jumlah lot. Maka minimum pembelian semestinya adalah 1 lot bersamaan 100 unit. Tahukah anda terdapat saham berharga bawah RM0.10 di Bursa Malaysia? Malah yang paling murah adalah RM0.005 atau setengah sen seunit!

Contoh kita membeli saham berharga RM0.05 seunit, harga 100 unit saham tersebut adalah RM5.00 sahaja. Kan bawah RM10 tu?

“Tapi tu belum kira brokerage fee. Campur brokerage fee mesti lebih RM10!”

Sabar, tenang. Kita cuma cakap boleh beli dengan RM10 kan itu fakta, itu kenyataan. Bab brokerage itu cerita lain ini cuma nak buktikan kepada orang ramai sahaja untuk elakkan stigma negatif orang ramai yang nak mula melabur perlukan RM10 juta bawah bantal.

Hellooo… Cuba belajar untuk fokus. Kita bercakap tentang harga saham. Sekiranya seseorang sebut “makan kat Restoran Pak Mat tu murah. Makan campur minum RM10 je.” Lepas tu kita persoal, “tu belum kira minyak kenderaan, duit parking lagi, nasib tak baik kena saman dengan Majlis lagi, haaaaaa”.

Wahhh… Ada ke orang kira belanja makan sekali dengan minyak? Disebabkan kita duduk jauh dari kedai makan, kita panggil kedai makan tu mahal hanya kerana ada kos yang tak berkenaan dengan kedai tersebut. Munasabah ke?

Ok jika anda masih tak berpuas hati dan masih tertanya-tanya lagi…

Persoalannya kenapa anda hanya nak limit-kan kenyataan ini hanya untuk saham Bursa Malaysia? Sedangkan di peringkat global, terdapat negara yang membenarkan anda berjual beli saham dengan kuantiti minimum 1 unit. Brader, ini tahun 2020. Tak lama lagi, kereta pun boleh terbang. So nak tak nak, fikiran anda semua kena terbang jauh dari Malaysia. Kita sibuk tengok fesyen dari negara luar, kita sibuk tonton cerita Korea, kita download cerita dari Netflix tetapi kenapa kita tidak sibuk tentang brokerage free yang berada dinegara luar?

Ada zero-commission dan ada yang hampir percuma

Lagi best, kebanyakan broker di US dah pun memansuhkan kos brokerage. Kebanyakan mereka melaungkan slogan zero-commission terutama untuk aset jenis syer dan ETF. Ini bermakna anda boleh berjual beli saham melalui broker antarabangsa tanpa sebarang kos transaksi!

“Kat US ada ke saham bawah RM10?”

Bukan takat bawah RM10. Bawah 10 sen pun ada tau. Tinggal rajin atau tak je untuk cari dan semak patuh syariah.

Sekarang, mustahil ke nak beli saham dengan harga RM10? Hanya ilmu yang akan membezakan jawapan anda.

Sekarang anda dah nampak bukan? Kami tak mahu merendahkan sesiapa. Dalam Al-Quran sendiri terdapat ayat yang menyuruh kita sentiasa bertanya tentang sesuatu perkara kepada ahlinya. Ahli di sini bermaksud seseorang yang pakar, yang telah lama berkecimpung, arif selok belok sesuatu perkara. Jika mendapatkan sumber secara semberono, maka anda mungkin tidak diarahkan ke jalan yang sebenar.

Anda belajar sesuatu? Apa kata anda share sekali hantaran ini kepada mereka yang masih beku dengan dakyah lama. Tak kiralah rakan anda atau mana-mana sumber. Kita kongsi ilmu supaya sama-sama faham dan belajar boleh?

10 thoughts on “Beli Saham RM10 Hanya Gimik? Fakta Atau Auta?”

  1. DANIAL PAIDI ABDULLAH

    Assalamualaikum DDNK… Saya Danial dr JB… Pasal saham memang sya zero… X tau ape2… Tapi sangat berminat… Boleh ke kalo sya join DDNK main saham dan tunggu pulangan duit dr main saham… Minta maaf sangat pasal sya ni x pandai sngt berinteraksi …

  2. Salam sejahtera DDNK, saya berminat dgn pelaburan saham tapi zero ilmu, blhkah saya join melabur dgn DDNK? Maaf jika keterlaluan.

  3. Saya pernah main saham dgn syarikat antarabangsa bermodalkan usd250…selama 7 bulan saya join pernah 1 hari saya dapat profit sebanyak usd45,000.00 bila dah dekat nak masuk bulan ke 8 saya nak mohon nak guna usd2,000 dia orang kata ok. Tapi lepas tu saya nampak duit tu hilang macam tu dalam masa 1 hari

    1. Jika mengharapkan wang berganda tanpa berbuat apa-apa, dah tentunya itu adalah tidak realistik. Pelaburan saham sebenar perlukan kajian yang mendalam terhadap saham atau pergerakan harga saham. Pastikan kita hanya melabur dengan individu berlesen sahaja.

Leave a Reply to DDNK Team Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top