fbpx

Benarkah Trading Hanya Nasib Semata-mata?

Ada yang beranggapan, trading ni hanya bersandarkan nasib semata-mata. Kalau naik, naiklah. Kalau turun, turunlah. Jadi tak ada beza pun dengan nombor ekor. Benarkah?

Beza ya tuan puan.

Pembeza utama adalah saham melibatkan jual beli yang sah. Pertukaran tangan hak pemilikan syarikat atau ekuiti yang boleh memberi manfaat kepada pembeli. Penjual mendapat manfaat daripada jualan, pembeli juga menerima manfaat daripada pegangan saham syarikat.

Agak tidak relevan menyatakan trading bersandarkan nasib semata-mata kerana segala tindakan ditentukan oleh pelabur sendiri. Pelabur perlu buat decide berdasarkan kondisi pasaran. Bullish market apa perlu buat. Bearish market apa perlu buat. Kangaroo market apa perlu buat. Semuanya ada strategi tersendiri.

Sama seperti dalam kehidupan seharian. Kita yang menentukan nasib hidup kita. Sesuai dengan Firman Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Maka menyerahkan hidup semata-mata kepada takdir adalah salah, kerana Tuhan telah memberi kita ruang dan peluang untuk berfikir, membuat keputusan dan bertindak. Hasil daripada tindakan pula menjadi tanggungjawab kita sendiri.

Begitulah juga dalam trading. Ada konsep usaha. Bukan hanya sekadar tawakkal. Buat analisis secara teliti untuk membuat prediction. Sekiranya betul, maka untung. Sekiranya salah, maka rugi dalam keadaan terkawal (risiko yang telah diketahui).

Malah kebanyakan majlis fatwa menggalakkan aktiviti pelaburan demi menguatkan pegangan ekuiti umat Islam di dunia. Pelaburan mendapat tempat yang special sehingga ada bab khusus dalam kitab-kitab Feqah khusus membincangkan bab pelaburan. Maka sepatutnya tiada lagi isu berkenaan status syariah pelaburan.

Maka jelaslah pelaburan bukan sekadar nasib, namun ditentukan oleh kemahiran dan usaha seseorang yang mengendalikan analisis. Paling penting, walaupun trading adalah harus hukumnya, janganlah pula jadikan ianya seperti tempat berjudi.

2 thoughts on “Benarkah Trading Hanya Nasib Semata-mata?”

  1. Sabariah Abdul Wahid

    Trading umpama…ruyung …yang penuh dengan sagu emas…..perlu dipecahkan dahulu untuk mendapatkannya…
    failure in trading is not kecundang….but adjustment to my trading plan to review my mistakes.. I still need guidance and menthoring from Dato and staff…do bear with me..Im a slow learner…

    Anyway…..Please sent buku menang saham dato ddnk….in bahasa for my reference …paid cash… 13 July…2020 ..till Sept.yet to receive.
    Semoga Allah permudahkan segala urusan Dato and Staff….Aamiin.Thank You

    1. Terima kasih. Sepatutnya semua pembeli dah terima buku mereka. Boleh puan hubungi terus team kami di nombor 014-6694164 / 014-6698327 / 014-6698307 untuk dapatkan bantuan ya.

Leave a Reply to DDNK Team Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top