fbpx

Berapa Modal Perlu Untuk Mula Melabur Saham?

Soalan paling famous orang tanya. Modal berapa nak mula labur? Sekiranya anda masih newbie pastinya anda tertanya-tanya soalan yang sama kan? Jom kita belajar kira-kira modal pelaburan.

Modal pelaburan adalah bergantung kepada harga saham. Di Bursa Malaysia, minimum unit pembelian saham adalah 100 unit (bersamaan 1 lot).

Contoh saham yang berharga RM0.10 seunit. Maka RM0.10 x 100 unit = RM10.00 (tidak termasuk brokerage fee). Rate bagi brokerage fee anda boleh terus rujuk broker tempat anda buka akaun.

Di US pula, minimum pembelian unit adalah 1 unit. Saham yang berharga $1.00 seunit boleh dibeli dengan harga $1.00 (tidak termasuk modal). Namun kebanyakan broker di US sudah mula menawarkan zero commission khas untuk saham. Jadi anda boleh jual beli saham tanpa ada caj tambahan!

Dari segi keuntungan pula macam mana?

Untung rugi tu ikut pergerakan saham. Berapa percent saham naik? Kalau saham naik 50% dalam sebulan, tapi kau labur RM10. Maka untung kau RM5. Senang kan kiraan dia?

Jadi modal berapa yang sesuai? Memang boleh labur dengan RM10, tapi untung tu tak signifikan la. Untuk cuba-cuba boleh sahaja. Tapi untuk pelaburan yang serius, permulaan RM1,000 ke atas lebih sesuai.

“Habis tu yang Dato’ cerita untung ratus percent dalam sehari tu apa benda?”

Itu dipanggil instrumen derivatif. Yang bagus instrumen derivatif ni, dengan modal rendah boleh untung berlipat kali ganda. Rugi pula terhad bagi sesetengah instrumen. Kita ada banyak produk derivatif seperti futures & warrant contohnya.

Tapi sayang kan? Ramai masih belum terdedah dengan pelaburan ni. Asal sebut pelaburan semua dia panggil scam. Sepatutnya kitalah yang menggalakkan ekonomi negara sendiri. Apapun tahniah kepada anda yang dah bermula dan yang nak bermula. Ingat modal bukan alasan untuk mula melabur asalkan anda mempunyai ilmu yang betul.

*Nota: Instrumen derivatif boleh memberi pulangan lumayan, namun juga mempunyai risiko yang lebih besar berbanding saham. Anda sangat disarankan untuk mempunyai ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan langkah dalam perdagangan instrumen derivatif.

11 thoughts on “Berapa Modal Perlu Untuk Mula Melabur Saham?”

  1. Avatar

    # Saya mmg berminat & telah ikuti class 3 minggu yg lepas
    # CDS masih tiada kelulusan dah 3 minggu lebih daftar d” Berjaya time square”
    # Ada ke class face to face ke
    # sbb melalui internet ni mmg tak boleh nak bagi tumpuan

    1. Avatar

      Maaf tuan buat masa ini hanya kelas online sahaja yang kami tawarkan sebagai sokongan kami dalam usaha membendung wabak Covid.

  2. Avatar

    Salam nak tanya, selepas daftar di berjaya time square, kita perlu buat ape lepas tu? Dan betul ke nak tengok saham kene bayar 100 ringgit?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top