fbpx

Berapa Tempoh Minimum Pegang Saham Untuk Layak Dapat Dividen?

Pasti ramai faham kan konsep dividen? Dividen adalah salah satu jalan untuk sesebuah syarikat berkongsi harta mereka. Ianya ibarat hadiah kepada shareholders yang masih kekal setia bersama dengan mereka.

Bila masa dan berapa jumlah dividen dibahagi, bergantung kepada syarikat tersebut. Ada syarikat bagi setiap 3 bulan, selepas pengumuman earnings. Ada yang beri secara bulanan atau tidak terikat dengan jadual (dikenali sebagai irregular dividends). Ada juga yang release one-time dividend (dikenali sebagai special dividend) khas untuk event yang istimewa sahaja. Ada yang langsung tiada dividen.

Namun berapakah tempoh minimum pegangan saham untuk melayakkan kita menerima dividen?

1 tahun? 6 bulan? Atau 1 bulan?

Tarikh Penting Dividen

Sebelum menjawab persoalan tu, apa kata kita faham dulu fasa-fasa tarikh penting berkaitan dividen:

Declaration Date: Pada tarikh ini, Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut akan mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan dividen melalui kenyataan media.

Ex-Dividend Date: Juga dikenali sebagai ex-date, tarikh akhir yang menentukan siapa yang layak terima dividen.

Record Date: Tiada kaitan dengan pelabur, pada hari ini syarikat akan menyemak siapa yang layak terima dividen. Biasanya, record date adalah sehari selepas ex-date.

Payment Date: Saat paling ditunggu-tunggu pelabur iaitu hari mereka menerima bayaran dividen daripada syarikat. Biasanya sekitar tempoh sebulan setelah ex-date.

Tempoh Minimum Pegangan Supaya Layak Terima Dividen

Membaca fasa tarikh di atas, anda mungkin dah dapat meneka. Ya betul, anda tak perlu pegang saham sampai setahun pun untuk terima dividen. Not even 1 month! Cukup jika anda beli sehari sebelum ex-date dan pegang sehingga hari ex-date, ANDA DAH LAYAK TERIMA DIVIDEN!

Wow… Menarik bukan?

Apa Yang Trader Perlu Tahu?

Dividen biasanya adalah game bagi pelabur (investor). Pedagang (trader) biasanya jarang peduli tentang dividen kerana apa yang dikejar oleh trader ni adalah capital gain (kenaikan harga saham).

Namun trader harus beringat… ketika dividen berlaku, berkemungkinan besar akan berlaku price adjustment. Ini adalah kerana dividen yang telah diagihkan kepada pelabur bukan lagi hak milik syarikat, dan ini boleh dilihat melalui pengurangan market cap. Downward adjustment ini dilakukan oleh bursa saham dan berkemungkinan trigger limit order. Maka trader perlu berhati-hati dengan situasi ini. Trader juga boleh expect akan berlaku penjualan secara signifikan selepas dividen.

Amacam, banyak input dapat?

Dunia akan jadi lebih indah jika manusia tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan manfaat. Kami sudah berkongsi, apa kata anda juga kongsi apa yang anda belajar dengan rakan-rakan lain?

4 thoughts on “Berapa Tempoh Minimum Pegang Saham Untuk Layak Dapat Dividen?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top