fbpx

Betul Ke Emas Tengah Murah?

Agak viral sekarang orang cakap emas tengah murah. Berpusu-pusu rakyat Malaysia beli emas. Dengarnya sampai sanggup beratur nak beli emas.

Jika niat untuk pelaburan jangka masa panjang, baguslah. Kerana emas adalah aset yang mempunyai nilai intrinsik dan layak dizakatkan. Emas boleh disimpan untuk digunakan tatkala kecemasan dan secara norma nilainya semakin meningkat.

Namun tahukah anda… Sebenarnya emas pelaburan juga boleh dibeli melalui saluran pasaran saham? Contohnya terdapat produk seperti pasaran masa hadapan, ETF dan saham yang berasaskan emas.

Baik kita kembali semula kepada soalan utama.

Betul ke emas tengah murah?

Jawapannya, murah dan mahal adalah subjektif.

Ada orang kata RM10 tu murah.
Ada orang kata RM100 tu murah.
Ada orang kata RM1,000 tu murah.

Maka di sini wujud bermacam-macam perspektif.

Jadi dalam konteks ini, murah mahal mestilah dinilai dengan harga relatif ataupun perbezaan dengan harga sebelum. Anda boleh merujuk carta untuk dapatkan gambaran yang lebih tepat apa yang terjadi dalam pasaran emas.

Carta di atas adalah pergerakan harga pasaran masa hadapan emas (gold futures).

Apa pendapat anda?
Murah atau mahal?

Jika anda tak mampu menjawab sendiri soalan ini, maka kami galakkan anda belajar bagaimana nak menganalisa carta saham. Tak susah pun. Belajar cara baca trend, momentum, reversal dan volume pun sebenarnya dah cukup untuk permulaan.

Dengan pembacaan carta yang betul, anda takkan lagi ditipu sekiranya ada orang kata harga emas atau saham mahal atau murah. Kerana anda sendiri tahu apa yang terjadi pada aset tersebut. Apapun yang terjadi, yang terpenting adalah pergerakan harga tu sendiri.

Ingat, chart is a chart is a chart!

Dan tak semestinya kena beli hanya ketika murah. Kita juga boleh beli ketika mahal dan jual lebih mahal jika tahu tekniknya. Konsep ini mestilah dengan pemahaman tentang momentum secara lebih mendalam.

Belajar sesuatu daripada post ini?
Jangan lupa SHARE untuk bantu kami sebarkan manfaat bersama.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

8 thoughts on “Betul Ke Emas Tengah Murah?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top