fbpx

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos dan Elon Musk.

Terdahulu, Pengasas Amazon, Jeff Bezos telah menubuhkan Blue Origin manakala CEO Tesla, Elon Musk telah membangunkan SpaceX. Kedua-duanya adalah dengan tujuan untuk menjadikan space tourism (pelancongan ke angkasa lepas) sebagai sesuatu yang komersial dan mampu dinikmati oleh orang awam.

Namun, pengalaman istimewa ke luar angkasa ini berjaya dikecapi oleh Sir Richard Branson selaku seorang billionaire yang pertama pada usia 70 tahun.

Dalam misi Unity 22, beliau tidak keseorangan di dalam ekspedisi tersebut dan disertai oleh 5 orang rakan sekerja termasuk 2 orang juruterbang. Kapal yang dinaiki oleh mereka, SpaceShipTwo dinamakan sebagai VSS Unity mampu mencecah kelajuan hampir Mach 3 (3,704 km/h) dan ketinggian sejauh 53.5 batu (85,295 km).

Pelancaran tersebut mengambil masa sebanyak 90 minit dan kapal tersebut berlepas dari Spaceport, New Mexico, Amerika Syarikat pada 8.30 pagi waktu tempatan dan mendarat dengan selamat di tempat yang sama.

“Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat” Richard berkata. Beliau juga menyatakan bahawa “Saya telah bermimpi tentang masa ini sejak saya kecil, tetapi pergi ke angkasa lebih ajaib daripada yang saya bayangkan”.

Sir Richard Branson telah pun menyatakan hasrat untuk pergi ke angkasa lepas sejak 2004 tetapi peristiwa sedih pada 2007 telah menangguhkan hasrat beliau. Selepas 17 tahun baru impian beliau dapat direalisasikan . Bagi anda yang ingin untuk pergi ke angkasa lepas jangan risau kerana peluang anda masih ada, anda hanya perlu menunggu giliran serta menyediakan wang ringgit sebanyak RM 1 Juta ($250,000).

Sumber: Space.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top