fbpx

Tiga Cara Menganalisa Pasaran Saham

 

Terdapat tiga cara bagaimana anda dapat membuat analisa pasaran saham dan seterusnya perkembang idea berkenaan dalam mengatur strategi pelaburan anda.

Tiga analisa asas yang anda perlu tahu adalah:

Analisa Fundamental

Tujuan analisa fundamental ialah untuk menentukan sama ada nilai masa hadapan syarikat tepat menggambarkan harga kini saham syarikat tersebut.

Analisa fundamental juga menganggarkan nilai sesuatu saham berdasarkan beberapa faktor, seperti  status kewangan sesebuah syarikat dan suasana ekonomi persekitaran. Analisa fundamental juga melibatkan perbualan bersama pihak pengurusan syarikat dan membuat penilaian bagaimana penerimaan produk sesebuah syarikat di pasaran. Apabila rumusan fundamental telah lengkap, penganalisa akan membuat keputusan bahawa saham ini mempunyai potensi kerana pasaran kini sedang memandang rendah potensi syarikat ini untuk berjaya di masa hadapan.

Penganalisa juga akan menentukan sama ada saham tersebut adalah saham “simpan” atau saham “jual” apabila harga pasaran kini mencapai gambaran nilai saham penganalisa.

 

Analisa Teknikal

Analisa teknikal percaya bahawa pergerakan silam yang berlaku di dalam carta akan mempengaruhi pergerakan pasaran yang akan datang. Analisa ini akan menitikberatkan trend dan carta untuk mengenalpasti potensi tindakan berdasarkan harga.

Garisan sokongan dan rintangan digunakan untuk menentukan sama ada beli ataupun jual. Carta sememangnya menunjukkan sejarah pergerakan harga secara visual. Pergerakan di atas carta yang dipengaruhi oleh tindakan berdasarkan harga, memberikan petunjuk kepada penawaran dan permintaan untuk sesuatu saham. Terdapat juga beberapa indikator seperti oscillators, volume, dan indikator trend yang dapat membantu menentukan trend harga.

Walaubagaimanapun, ramai pelabur saham percaya bahawa keputusan berdasarkan indikator sahaja tidak akan dapat membuahkan hasil yang efektif sebaliknya, perlu digunakan bersama dengan analisa fundamental. Tiada jaminan untuk prestasi lampau memberikan kesan yang sama kepada keputusan yang akan datang.

 

Analisa Sentimen

Pasaran saham bukanlah didorong oleh analisa teknikal dan fundamental semata-mata, sentimen jangka masa pendek juga perlu diambil kira. Inilah penyebab harga saham berubah-ubah dari hari ke hari. Selalu kita tengok bila faktor fundamental seperti earnings tunjuk laporan suku tahun syarikat yang memberangsangkan, tetapi nilai saham tetap turun. Perkara sebegini berlaku akibat daripada ‘mood pasaran’ yang kurang yakin secara keseluruhan. Pelabur-pelabur yang tidak yakin bermakna bahawa majoriti pelabur sudah komited untuk menjual pegangan atas sebab tertentu.

Penganalisa sentimen sering dianggap sebagai kontrarian. Pelabur jenis ini melabur dengan menilai pandangan majoriti pasaran kerana mereka percaya bahawa lambat-laun pasaran akan cenderung untuk bergerak melawan sentimen semasa.

 

Seperti bangku yang tertera di atas jika mana-mana kaki rapuh atau lemah, sesiapa yang cuba duduk pasti akan jatuh tersembam. Sama juga dengan pelaburan saham.

Jika analisa anda dari mana-mana kaki lemah dan anda tidak mencuba untuk perbaiki kaki tersebut dengan mendalami ilmu saham, anda tidak perlu tunggu lama untuk lihat pelaburan anda juga tersembam.

Sudah-sudahlah terhantuk dan rugi dalam pelaburan. Belajar dari ilmu yang betul dan dari guru yang terbukti berjaya. Hanya tindakan hanya membezakan kita dengan orang lain. Jadi apa kata anda hadir dan daftar di www.pelaburglobal.com sekarang! Anda datang, buka hati, buka minda untuk belajar benda yang baru! okay?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1 thought on “Tiga Cara Menganalisa Pasaran Saham”

  1. Avatar

    Selamat sejahtera Dato. saya sangat berminat dengan apa yang telah Dato lakukan. soalanya, bagaimanakah cara untuk saya memulakan semua ini? dimanakah perlu mendaftar? dan bagaimanakah saya mendaftar.

    terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top