fbpx

Butang Buy Bukan Dicipta Untuk Ditekan Setiap Masa

Keghairahan orang baru. Bila belajar sesuatu teknik, akan rasa tak sabar nak beli saham. Kalau boleh memang hari-hari nak tekan “BUY” tu. Kalau anda jenis macam tu, anda wajib baca sampai habis!

Dalam pasaran saham ada banyak peluang terhidang. Tetapi jangan lupa. Ada perangkap juga! Ditambah lagi dengan orang sekeliling ‘berkompang’: “belilah saham XYZ”. Ini akan buatkan anda lagi tak sabar nak shopping saham-saham tu.

Nak elak perkara ni terjadi, anda kena tanam dalam mindset dalam-dalam…

BUTANG BUY BUKAN DICIPTA UNTUK DITEKAN SETIAP MASA

Anda hanya boleh tekan “BUY” hanya bila ada peluang. Maksud peluang tu adalah, anda wajib tunggu trading setup anda complete. Baru boleh beli saham.

Trading setup adalah bergantung kepada rules dan strategy anda. Bila dah lengkap dan jelas trading plan dengan Entry Price, Cut Loss Price & Target Price dengan Risk-Reward Ratio yang betul, barulah anda boleh beli saham tu.

Ni tak. Beli saham pastu dah rugi pergi tanya orang lain “boleh jual tak ekkk saham ni?” Mana orang tu tahu. Kau beli sebab apa? Guna setup apa? Beli tak ada pelan lengkap, konfem la sangkut. Ada faham?

Dah ada pelan lengkap barulah tak keliru. Keputusan apa perlu buat. Kalau nak decide “apa perlu buat” masa tengah rugi tu, memang jem kepala tak boleh nak fikir. Jadi, siapkan plan sebelum beli ya. Anda bukan gambling ni harap-harap esok saham terbang. Dapat jackpot. Tidak sama sekali. Semuanya wajib ada strategi yang betul.

Akhir kata, jadilah pembeli yang berhemah. Fikir dengan rasional. Tunggu peluang datang baru beli. Tak nampak peluang nak buat apa? Duduk tepi aje lah. Pergi memancing ke. Jangan obses sampai paksa diri beli saham hari-hari. Orang lain buat duit hari-hari tu biarlah. Tu rezeki dia. Kita sabar dan amalkan teknik yang betul, inshaaAllah rezeki kita akan sampai.

Jika anda rasa post ni bermanfaat, silakan share. Lagi ramai dapat belajar lagi bagus.

Trading platform digunakan dalam gambar: TradingView

8 thoughts on “Butang Buy Bukan Dicipta Untuk Ditekan Setiap Masa”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top