Cara Daftar Online Akaun Saham Melalui Aplikasi Bursa Anywhere

Ramai yang tanya kat mana nak buka akaun saham? Lagi-lagi masa PKP haritu pejabat semua tutup.

Sekarang semuanya mudah. Terima kasih dan syabas Bursa Malaysia kerana pantas keluarkan feature pembukaan akaun saham (CDS) secara online!

Lebih mudah, permohonan ni centralized, jadi anda boleh buka akaun CDS dengan mana-mana broker yang anda suka hanya melalui satu app sahaja.

“WOW… BEST NI! DATO’ TOLONG AJAR SAYA MCM MANA NAK BUKA AKAUN ONLINE”

Baik. First, anda perlu download mobile app Bursa Anywhere.

Untuk yang belum ada akaun Bursa Anywhere, anda perlu register terlebih dahulu. Yang dah register boleh terus sign in.

Kemudian, anda boleh follow instructions macam dalam gambar di bawah:

Amacam?

Now dah tak ada alasan dah kenapa anda masih belum mempunyai akaun CDS. Kita target at least 1 rumah 1 akaun CDS. On x on?

Suka posting macam ni? Jemput SHARE supaya kawan-kawan lain pun dapat manfaat sekali.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

113 thoughts on “Cara Daftar Online Akaun Saham Melalui Aplikasi Bursa Anywhere”

      1. Mohd Nazifol Munir

        Saya ingin tnya Apa bila kita daftar bursa macm inter bank..pihak inter akan call kita tak untuk kita pergi ke pejabat inter bank untuk tanda tngan documen

  1. Abdul Halim Bin Mohd Noor

    Assalam nk tnya semua kerja2 urusniaga saham nnt diuruskan sepenuhnya oleh broker ka atau camna….sbb x tahu langsung ttg urusniaga ni.

  2. Assalam, saya dah buka ac d RHB, tp dah sebln lebih tiada info dr Bursa Saham berkenaan dgn ac saya.kata pegawai RHB, Bursa Saham akan email berkenaan ac tu.hampir tiap hari tgk email d inbox, spam n junk….x de.
    Saya memang berminat n nk ada ac CDS…
    Mohon bantuan datuk

  3. Saya frust dengan interspac johor branch. Saya sampai nak daftar mintak tunjuk ajar tapi mereka acuh x acuh saja. Dia bgtau saya komisen traksaksi RM280 then suruh saya pergi ke bank kalau nak murah. Saya jadi blur dan makin x faham. Mcm mana ni dato?

  4. Dato’, boleh ke kalau Kita Ada DUA cds trading account? Sbb sy dah lama buat ngan CIMB. So sy nak buat satu lagi cds trading account ngan dato’ plak. Boleh ke? Sy nak guna dua dua sekali. Okay tak?

  5. Dato’…. Saya ni miskin je Dato’. Dalam bank account saya memang tak sampai RM100 pun. Bila saya nak beli saham dari Bursa, Broker CIMB saya kata saya kene ada RM1000. Lepas tu kalau saya nak beli US stocks saya akan dicharge USD25.

    Sekarang ni saya nak tanya, orang yang miskin tak de RM100 dalam akaun bank memang tak layak nak trade ke, Dato? Kalau Inter-pac kata boleh, saya akan tukar broker saya right away… Because I want to use that money to continue my study. Kalau saya ni tak layak nak trade, sebab kononnya tak cukup nak bayar charge macam-macam, memang tak dapat la saya nak sambung study… Tolong bagi pencerahan…

    1. Walaupun anda boleh melabur bawah RM100, namun untuk dapatkan hasil yang berbaloi perlu melabur lebih RM1000. Kami sarankan anda belajar dulu dalam Virtual Online Menang Saham kemudian buat latihan secukupnya menggunakan akaun demo. Pada masa yang sama terus menyimpan. Apabila ilmu dan modal sudah ready, barulah mula melabur secara berperingkat.

    1. Boleh terus cari nombor broker seperti Inter-Pacific Securities atau broker lain di internet. Terus call dan minta mereka bantu buka akaun saham. Pastikan ada isi borang Bursa Malaysia ya.