Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu tak, sebenarnya buka akaun saham lebih mudah daripada buka akaun simpanan? Jom sama-sama baca macam mana nak buka akaun saham.

Akaun Saham Sama Ke Dengan Akaun Simpanan?

Sebelum pergi lebih lanjut, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni dulu. Jika anda berfikir begini, jangan risau kerana anda tak berseorangan. Ramai ingat akaun saham dan akaun simpanan ni sama. Lain ya tuan puan.

Di Malaysia, akaun saham dipanggil sebagai CDS (Central Depository System). So nak beli saham, kena masukkan duit ke dalam akaun CDS dulu. Daripada akaun CDS tu baru anda boleh berurusniaga jual beli saham. Jadi proses aliran wang anda adalah seperti berikut:

Akaun bank <–> Akaun CDS <–> Bursa Malaysia

Siapa Boleh Buka Akaun CDS?

Ini adalah syarat-syarat untuk buka akaun CDS. Tak cukup satu syarat, tak boleh buka. Syarat-syaratnya adalah:

  • 18 tahun dan ke atas
  • Tidak muflis, bankrup atau blacklisted (CCRIS/CTOS)
  • Memiliki pasport yang sah (bagi bukan warganegara)

Bagaimana Nak Buka Akaun CDS?

Kini akaun CDS boleh dibuka secara online! Rujuk DI SINI kami pernah kongsikan kaedah buka akaun CDS melalui aplikasi Bursa Anywhere. Namun kami difahamkan, pemohon masih perlu ke pejabat broker untuk lengkapkan permohonan. Kami sarankan anda terus hubungi pihak broker untuk dapatkan maklumat dan buat temujanji sekiranya perlu.

Anda boleh semak senarai broker berhampiran anda melalui laman web Bursa Malaysia. Nyatakan kepada mereka anda nak buka Islamic CDS. Username dan password yang anda daftarkan perlulah anda simpan kerana butiran ini akan digunakan untuk log masuk ke trading account kelak.

Dokumen Apa Yang Diperlukan?

Dokumen yang perlu disediakan pula adalah:

  • Salinan IC
  • Salinan slip gaji / penyata bank (3 bulan)*
  • Yuran RM10 (tidak termasuk cukai)

* Anda boleh rujuk broker berapa bulan slip gaji / penyata bank yang diperlukan.

Mudah sahaja kan?

Murah pun murah. Cuma untuk akaun anda diproses perlu mengambil sedikit masa. Anda perlu menunggu permohonan akaun CDS anda disahkan oleh Bursa Malaysia, kemudian barulah broker boleh bagi akses trading account kepada anda.

Apa Saya Perlu Buat Sekiranya Akaun CDS Masih Belum Siap?

Anda perlu beri broker sedikit masa untuk proses permohonan anda, terutamanya ketika mereka menerima volume permohonan yang tinggi. Namun jika setelah 3 minggu akaun CDS anda masih belum siap, anda boleh follow-up terus dengan pihak broker. Contoh talian Inter-Pacific Securities boleh didapatkan di laman web Interpac.

Anda juga boleh buka lebih daripada satu akaun CDS. Best kan? Jika anda nak mula melabur saham, seperti perkongsian kami sebelum ini, first kena ada ilmu dulu, second perlu ada akaun CDS. Jalan semua sudah ada. Tinggal kita sahaja mahu atau tidak. Apa lagi alasan kita untuk tidak mula melabur?

48 thoughts on “Dah Buka Akaun Saham?”

  1. Saya nak buka akaun CDS secara online boleh ke tuan? Ini adalah jerana saya tak punya byk masa untuk datang ke syarikat broker. Tolong selesaikan saya. Terima kasih.

  2. Normadiah M Kassim

    Assalamualaikum. Saya dah buka akaun CDS menggunakan Bursa Anywhere. Dan telah memilih Inter pacific sebagai platform saya.
    Tapi belum activated. Dan, semasa application, saya tiada pilihan samadaakaun tu Islamic ataupun sebaliknya. Bagaimana saya boleh tahu samada akaun CDS saya tu Islamik atau conventional? TQ

  3. saya dah daftar untuk AI guerilla start hujung bulan ni, nak buat akaun CDS tapi dia kata x sure boleh dapat dalam bulan ni. saya re-activate akaun CDS lama dari broker bank lain, dah ready sekarang. Soalan saya , ada masalah ke kalau attend training nanti tapi guna CDS platform RHB tradesmart.

    mohon pencerahan. tq DDNK team.

  4. Saya ada acc dan juga saya dah masuk rm 1000 tapi saya tak tau nak mula melabur mcm mana nak buka acc saxo juga dia berlainan dgn acc cds ,apa harus saya buat skrg boleh tlg saya

    1. Isteri tuan boleh buka akaun CDS sekiranya memenuhi syarat. Segala urusan deposit dan withdrawal wang juga mesti daripada akaun bank atas nama isteri tuan.

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top