fbpx

DIVIDEN ASB 4.25 SEN + BAYARAN IHSAN 75 SEN (UNTUK 30,000 UNIT PERTAMA) – AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) TAHUN 2020

Kami faham ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu pengumuman dividen AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) daripada Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. 

Alhamdulillah baru sahaja sebentar tadi pengumuman rasmi berkaitan Pengagihan Pendapatan ASB dibuat.

PENGAGIHAN 4.25 SEN SEUNIT + BAYARAN IHSAN 0.75 SEN SEUNIT (UNTUK 30,000 UNIT PERTAMA)

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) secara rasminya telah mengumumkan bahawa pembayaran pendapatan 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan 31 Disember 2020.

Ia merangkumi pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit membabitkan pembayaran sejumlah RM7.65 bilion kepada 10.2 juta pemegang unit. Kita lihat juga prestasi tahun-tahun yang lepas.

Alhamdulillah, walaupun kita terus diuji dengan pandemik COVID-19 yang masih melanda Malaysia dan dunia, diikuti dengan kegawatan ekonomi yang berlaku, tetapi kita semua masih mampu menikmati keuntungan dan pulangan pelaburan yang memuaskan dalam tempoh yang sangat sukar sekarang ini.

Dalam pengumuman tersebut, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz turut mengumumkan pembayaran khas ihsan sebanyak 0.75 sen untuk 30,000 unit pertama sempenan ulang tahun ASB ke-30 tahun.

Kepada semua pelabur, tak kira apa saja yang melanda, mahu atau tidak, hidup mesti diteruskan. Sebagai pelabur, kita perlu sentiasa bijak mencari peluang yang terbentang di depan mata. Masa depan kita ditentukan oleh tindakan kita pada masa sekarang dalam mengurus kewangan dengan cara yang terbaik.

Bersama-sama kita doakan agar prestasi tahun hadapan akan kembali ke landasan yang lebih baik, pulangan yang lebih berbaloi dengan harapan ekonomi kita kembali cergas untuk kebaikan semua rakyat dan negara Malaysia tercinta.

Teruskan usaha untuk mencari, belajar dan memanfaatkan peluang pelaburan yang lebih hebat yang mampu memberi pulangan yang lebih tinggi dengan melabur secara selamat dan patuh shariah. Peluang yang besar sentiasa terbentang di depan mata kita untuk direbut oleh sesiapa sahaja yang mahu mendapatkannya. Tidak kira di Malaysia dan juga pasaran Global, peluang tetap ada, yang membezakannya adalah tindakan kita. 

(Sumber: FB Live Amanah Saham Nasional Berhad)

[KENYATAAN AKHBAR] PENGAGIHAN PENDAPATAN BAGI AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) https://www.asnb.com.my/pdf/media/berita/2020/ASB/KA_ASB%20%20Income%20Distribution%20Announcement%202020.pdf

[Video] PNB: PENGUMUMAN PENGAGIHAN PENDAPATAN 2020 AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) https://www.facebook.com/watch/live/?v=850085408889666&ref=watch_permalink

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top