fbpx

Duit Simpanan Semakin Kurang. Apa Perlu Saya Buat?

Ramai orang kita yang menyimpan duit, tetapi ramai juga yang tidak tahu simpanan mereka itu sebenarnya semakin berkurangan.

Jika anda menyimpan untuk jangka masa panjang, elakkan hanya menyimpan duit di dalam akaun simpanan bank.

Walaupun pada zahirnya nampak macam duit itu bertambah setiap bulan, hakikatnya nilai duit itu semakin menurun dari tahun ke tahun disebabkan oleh inflasi!

Untuk memahami inflasi dengan mudah, bayangkan harga sekeping roti canai 10 tahun lalu. Saya rasa adalah dalam 60 sen sekeping. Hari ini, roti canai paling murah pun RM1.20 sekeping. Inilah inflasi, iaitu kenaikan harga barang dari tahun ke tahun.

Apa kesan inflasi kepada simpanan di dalam akaun anda? Saya bagi contoh paling mudah di sini.

Katalah anda mempunyai RM100 di dalam akaun simpanan. Di Malaysia ini, purata faedah yang diberikan bank-bank untuk simpanan dalam akaun biasa adalah 1%.

Selepas setahun, anda akan mempunyai RM101 di dalam akaun itu. Dalam tempoh tersebut, jika kadar inflasi adalah 2%, barang yang sebelum ini berharga RM100 akan menjadi RM102. Oleh kerana anda hanya mempunyai RM101, anda sebenarnya telah hilang sedikit kuasa membeli untuk barang berharga RM102 itu.

Jika keadaan ini berlarutan, kesannya sama seperti anda hilang duit!

Bagaimana untuk memastikan nilai duit simpanan anda tidak berkurangan? Caranya adalah dengan melaburkan wang itu.

Pastikan pulangan atau dividen yang diperolehi daripada pelaburan anda lebih tinggi daripada kadar inflasi supaya duit anda sentiasa cukup walaupun harga barang semakin meningkat setiap tahun.

Selain itu, laburkan wang simpanan anda ke dalam beberapa jenis pelaburan. Contohnya, jika anda menyimpan RM300 sebulan, masukkan RM100 ke dalam amanah saham, RM100 ke dalam dana dagangan tukaran (ETF), dan RM100 untuk membeli saham secara terus dari bursa-bursa di seluruh dunia.

Anda akan dapat melihat bagaimana duit simpanan anda ‘beranak’ menjadi banyak dari tahun ke tahun. Ini baru saya sebutkan beberapa jenis pelaburan. Kalaulah semua orang di Malaysia ini tahu betapa banyaknya alat kewangan yang boleh digunakan untuk membuat duit, saya pasti negara kita penuh dengan orang kaya raya!

Tetapi ini bukanlah bermaksud anda perlu melaburkan semua simpanan anda. Petua yang boleh saya kongsikan di sini adalah simpan dahulu jumlah wang yang cukup untuk perbelanjaan anda selama enam bulan atau setahun (sebagai dana kecemasan) di dalam akaun amanah saham yang dijamin kerajaan.

Kemudian, mula laburkan simpanan bulanan anda yang seterusnya dalam pelaburan yang memberi pulangan lebih tinggi. Mengapa anda tidak digalakkan melaburkan semua simpanan anda dalam pelaburan yang memberi pulangan tinggi?

Ini kerana prinsip ‘high risk, high return’ dalam dunia pelaburan. Pelaburan yang memberikan pulangan tinggi ini selalunya lebih berisiko dan lebih terkesan dengan perubahan ekonomi.

Jadi sebagai jaring keselamatan, anda perlu ada simpanan selamat yang tidak akan terjejas walau macam mana pun keadaan ekonomi semasa.

Nampak tak betapa banyak peluang untuk membuat duit yang ada di depan mata? Malangya ramai orang kita yang jalan sambil menutup mata. Usahlah kita termasuk dalam golongan ini.

Sertai seminar serta kelas pelaburan anjuran saya, dan anda boleh tanya apa sahaja mengenai pelaburan dan cara untuk menambah kekayaan.

Layari www.pelaburglobal.com untuk maklumat lanjut!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

3 thoughts on “Duit Simpanan Semakin Kurang. Apa Perlu Saya Buat?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top