fbpx

FA Vs TA Seperti Api & Air?

Api dan air keduanya sama penting, namun boleh jadi berbahaya sekiranya digunakan dengan cara yang tidak betul atau datang secara berlebihan.

Ciptaan dalam dunia wujud saling berpasangan, setiap yang pendek ada yang panjang, laju dan perlahan, manakala dalam dunia pasaran saham ada Technical Analysis (TA) dan Financial Analysis (FA).

Fundamental Analysis

Golongan yang selalu berborak tentang saham yang start cerita dengan apa bisnes syarikat tu… Berapa profit syarikat dalam tempoh setahun dan ada hutang ke tak… Mereka ini dipanggil sebagai FA trader/investor.

FA menekan aspek latar belakang syarikat dan kenal pasti kekuatan dan kelemahan syarikat tersebut berdasarkan untung/rugi, jumlah jualan atau projek serta kebolehan membayar hutang (jika ada hutang) dan kebolehan pengurusan syarikat tersebut. 

Ramai juga mengatakan bahawa pakar FA hebat seperti mencari harta karun kerana mereka pandai mencari saham-saham undervalue  yang dapat memberi pulangan yang lumayan. Tetapi sikap malas takkan jadikan seorang FA trader/investor berjaya kerana masa yang lama dan bahan bacaan yang banyak perlukan.  

Secara amnya, trader FA akan memegang sesuatu saham untuk jangka masa lama kerana info yang dapat pun hanya keluar 4 kali setahun dan perlu berpandukan kepada earning release (penyata kewangan syarikat) yang terdahulu.  

Technical Analysis

Sementara itu, golongan TA dikenali sebagai “pelukis” atau “chartist” kerana menghasilkan lukisan di dalam price chart (carta pergerakan harga) saham… Kalau lepak dengan TA trader confirm dia tunjuk chart yang ada gambar triangle, flag, line atas bawah dan macam-macam lagi. Beza TA dengan FA adalah perlu buka chart dan lukis apa yang anda nampak di chart tersebut… Nampak mudah namun sebenarnya memerlukan seseorang memahami psikologi pergerakan harga kerana ilmu dan pengalaman yang mendalam sangat diperlukan. 

So camna nak dapat pengalaman dan ilmu tu? Kena la rajin mencari ilmu dan sanggup belajar ambil risiko yang kecil untuk menjadi lebih pakar dalam saham. Selalunya, TA trader tidak akan memegang saham lebih daripada 6 bulan ke atas tetapi boleh lakukan jual beli seawal bawah 10 minit, sangat pantas bukan?

Kesimpulannya, pilih salah satu teknik yang yang sesuai untuk diri sendiri kerana kedua-dua teknik ini ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Nak campur kedua-dua pun tiada masalah yang penting perlu konsisten dan faham apa yang dilakukan.

Tetapi bagi saya dah tentunya TA adalah favourite saya. Kenapa? Haha… Jawapan ada di dalam posting sebelum ini bertajuk Teori Dow.

Dapat teka kenapa? Apa kata anda kongsi jawapan anda di dalam ruangan komen dan share kepada rakan-rakan anda yang berminat.

8 thoughts on “FA Vs TA Seperti Api & Air?”

  1. Avatar
    Norhizir Mustaffa

    TA trader hanya perlu tahu bila nk “buy” dan bila nak “sell” dgn mengikut jejak “jerung”.
    Dengan menggunakan “tool” dan “skill” didedah oleh “Sifu” yg penuh dgn pengalaman dan background yg hebat, ia pasti lebih menarik utk kita menjana duit dengan pantas.
    Itulah matlamat utama kita melabur…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top