fbpx

Gara-gara Ronaldo Alih Botol, Coca-Cola Kerugian $4 Bilion USD?

Tular baru-baru ini apabila bintang bola sepak terkenal merangkap kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo telah mengalih 2 botol Coca-Cola yang diletakkan di atas meja serta berkata “Agua” dalam bahasa Portugis yang bermaksud “Air”.

Peristiwa ini berlaku pada Isnin lalu, ketika sidang media perlawanan pertama pasukan Portugal menentang Hungary dalam kempen UEFA EURO 2020.

Perbuatan Ronaldo tersebut menampakkan yang beliau amat tidak bersetuju dengan minuman bergula tersebut. Semua peminat sukan bola sepak pasti tahu yang beliau terkenal sebagai atlet yang sangat menjaga kesihatan tubuh badan.

Coca-Cola merupakan antara sponsor terbesar UEFA EURO 2020 selain Hisense, Alipay, Vivo, Qatar Airways, Tiktok & lain-lain.

Dilaporkan bahawa sejurus kejadian tersebut, nilai Coca-Cola telah menurun daripada USD 242 bilion kepada USD 238 bilion hanya dalam sehari, iaitu kejatuhan sekitar 1.6% (USD 4 bilion).

Carta harga saham Coca-Cola (KO) pada 14 Jun 2021 (Sumber: Investing.com)

Namun adakah benar ini hanyalah kerana tindakan Ronaldo semata-mata?

Suatu fakta yang ramai mungkin tidak sedar, syarikat Coca-Cola baru sahaja menutup tarikh layak terima dividen (ex-date), yang mana secara umumnya saham-saham biasa mengalami kejatuhan di sekitar tarikh ini untuk jangka masa singkat.

Tambahan pula, ini bukanlah kejatuhan terbesar yang pernah dialami oleh Coca-Cola ketika ex-date. Malah pada carta saham, Coca-Cola (KO) tidak menunjukkan penurunan drastik jika dibandingkan dengan awal Januari lalu.

Jadi, apa pendapat anda?

Adakah anda melihat saham dipengaruhi oleh faktor ekonomi semata-mata atau psikologi juga?

Jom tinggalkan pendapat anda di ruangan komen…

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Jangan Lakukan 6 Kesalahan Newbie Ini

Manusia diciptakan sebagai hamba yang sering melakukan kesilapan. Ya, kita akan sentiasa buat silap terutamanya ketika kita masih lagi setahun jagung mengenal dan belajar. Jangankan pelabur baru, begitu juga pelabur-pelabur

Omnicron – Raih Rezeki Di Kala Krisis?

Pernah terfikir… sebenarnya omnicron juga mungkin datang bersama rezeki yang lain? Bila pandemik coronavirus menghentam negara, hidup kita jadi terbelenggu. Rasa takut untuk keluar rumah. Aktiviti seharian tergendala. Ramai fikir

Scroll to Top