fbpx

Gempar! Samsung Dijangka Hentikan Pengeluaran Siri Galaxy Notes Bermula 2021?

Asyik cerita pasal Apple je kan?

Siapa kat sini pengguna dan penggemar smartphone jenama Samsung?

Dengar khabarnya, Samsung Electronics Co Ltd bakal hentikan pengeluaran siri premium smartphone Galaxy Note tahun depan.

Siri Galaxy Note terkenal dengan skrin besar dan disertakan bersama stylus S-pen untuk mengambil nota, merupakan salah satu daripada dua produk killer Samsung selain siri Galaxy S yang menjadi pilihan utama pengguna.

Sehingga kini, gergasi teknologi South Korea ini belum bercadang untuk mencipta versi baru Galaxy Note untuk 2021, diambil daripada 3 sumber yang tidak mahu diketahui identitinya kerana pelan tersebut bukanlah untuk diketahui umum.

Salah seorang daripada sumber tersebut menyatakan, Galaxy S series akan datang, S21, akan dilengkapi dengan stylus. Begitu juga dengan Samsung Fold yang akan mula serasi dengan penggunaan stylus, namun akan dijual secara berasingan.

Sumber kedua pula menyatakan usaha pembangunan produk yang dahulunya tertumpu kepada Note kini akan beralih kepada siri Fold pula.

Namun masih tiada kenyataan rasmi daripada Samsung sendiri berhubung isu ini.

Tom Kang, penganalisis di firma penyelidikan Counterpoint berpendapat, jualan siri Samsung Note bakal menyaksikan kejatuhan antara 5 – 8 juta tahun ini manakala siri Samsung S pula berkemungkinan jatuh 5 sehingga kurang 30 juta.

Beliau berkata, “permintaan premium berkurangan tahun ini memandangkan tidak ramai yang mencari produk baru.”

Sungguhpun begitu, kita telah melihat permintaan yang begitu tinggi terhadap iPhone 12.

Adakah Samsung mampu menyaingi Apple di masa akan datang?

Yang lebih penting, apakah yang akan terjadi kepada saham Samsung dan saingannya, Apple dalam 1 tahun lagi?

Sama-sama kita saksikan.

Sumber: Investing.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top