fbpx

Impak Belanjawan 2021 Terhadap Pasaran Saham Bursa Malaysia

Minggu lalu menyaksikan kenaikan mendadak indeks FBM KLCI yang mana mewakili pasaran Bursa Malaysia secara amnya. Kali ini sangat berbeza, kerana Belanjawan 2021 menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia di kala ramai yang ternanti-nanti keprihatinan kerajaan berikutan krisis kesihatan yang sedang melanda negara. Jelas menunjukkan Belanjawan 2021 menjadi satu katalis yang memberi impak yang besar terhadap pasaran.

Kenaikan sehingga 3.77% dilihat berlaku seawal 2 hari sebelum Belanjawan 2021 dibentangkan. Ini menandakan para pelabur positif dengan segala usaha kerajaan untuk menggalakkan ekonomi Malaysia. Walaupun kelihatannya sebahagian netizen tidak senang dengan bajet yang diumumkan, namun pasaran modal Bursa Malaysia harus terus menerima suntikan agar ekonomi kita terjamin dan terus berkembang.

Indeks FBM KLCI (9 November 2020)

Pasaran telah berada dalam keadaan bearish selama sekitar 100 hari sebelum katalis besar ini melonjakkan pasaran sehingga menembusi rintangan (downtrend-line breakout). Secara teknikalnya, apabila garisan trend-line berjaya ditembusi, maka berkemungkinan besar pasaran sedang membuat perubahan trend.

Hari ini, pergerakan mata menunjukkan sedikit kelesuan pada sesi pagi, berkemungkinan akibat aktiviti mengambil untung (profit-taking) oleh pedagang-pedagang jangka pendek. Sekiranya aktiviti ini terus berlaku, kita bakal melihat sedikit penurunan (pullback) untuk jangka masa pendek. Sebaiknya, tunggu dahulu sebarang kepastian (confirmation) berlaku sebelum membuat keputusan untuk terlibat dalam pasaran.

Apapun, biarlah pasaran yang menceritakan segala-galanya. Sama-sama kita saksikan apa yang bakal terjadi minggu ini dan kita berdoa semoga pasaran kita, Bursa Malaysia terus maju dan aliran urusniaga pelaburan terus merancakkan ekonomi negara tercinta ini di masa akan datang.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Leaders Vs. Laggards

Beribu-ribu saham yang ada dalam pasaran tidak semua akan bergerak sekali, kalau ada satu saham naik yang lain tidak akan follow naik, confirm ada yang turun kerana pergerakan harga dipengaruhi

Micron 143.40% dalam setahun

Kerajaan Trump telah meletakkan syarikat gergasi China, Xiaomi, dalam senarai hitam ketenteraan, ‘military blacklist’ mereka. Kebanyakan pelabur mulanya meragui tentang pelaburan mereka dalam saham Micron, disebabkan Xiaomi merupakan klien kepada

FA Vs TA Seperti Api & Air?

Api dan air keduanya sama penting, namun boleh jadi berbahaya sekiranya digunakan dengan cara yang tidak betul atau datang secara berlebihan. Ciptaan dalam dunia wujud saling berpasangan, setiap yang pendek

4 PERKARA YANG ANDA PERLU SEMASA PKP 2.0

Ini merupakan tips paling asas yang perlu anda tahu dan sedar. Pengurusan wang sangat penting bagi setiap individu dalam hidup. Jika anda gagal untuk merancang kewangan anda bakal gagal dari

Scroll to Top