fbpx

Ini 5 Saham Yang Pelabur Boleh Beli Sekarang!

“5 saham ni kau boleh beli sekarang”

“Esok boleh beli saham XYZ”

Inilah ayat yang biasanya pelabur nak dengar. Sama ada pelabur baru atau lama, sekiranya anda masih ada mentaliti ni, anda patut STOP sekarang. Dalam tak sedar, perkara ini mungkin akan jadi punca kerugian portfolio anda.

Dalam kamus traders, aktiviti memberi saranan saham untuk dibeli dikenali sebagai “buy call” atau “signal”. Bukan buy call dalam options tu tau. Tapi buy call ini merujuk kepada perbuatan seseorang individu atau organisasi memberi saranan saham yang patut dibeli pada waktu tertentu.

Kami faham ramai yang mahukan jalan pintas dan singkat untuk buat duit dalam pelaburan. Namun ada perkara yang tak boleh disingkatkan. Dalam kelab DDNK, DIHARAMKAN sekeras-kerasnya untuk follow buy call. Kenapa? Jom kami list down apa yang bahayanya dengan ikut-ikut orang ni.

Memberi saranan saham untuk dibeli tanpa memiliki lesen yang sah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah salah di sisi undang-undang.

Pemberi buy call mungkin mempunyai niat tertentu yang tak diketahui. Contohnya, individu tersebut mungkin dah beli saham XYZ lalu mencanang-canangkan kepada public untuk turut beli supaya saham XYZ naik dan dia boleh meraih untung.

Anda tak tahu buy call diberikan menggunakan sistem apa. Entah-entah dicedok atau dibeli dari tempat lain dan dijual semula kepada anda pun anda tak tahu.

Taste dan ketahanan setiap orang tak sama. Saranan tu mungkin memerlukan tempoh pegangan 1 jam, namun anda lebih selesa pegang saham dengan tempoh harian kerana busy bekerja.

Pada waktu anda baca buy call tersebut, anda mungkin sudahpun terlambat. Sanggup ke beli kemudian lepas semua orang dah beli?

Buy call boleh mengganggu konsentrasi pelabur dan mempengaruhi keputusan yang dibuat semasa analisis.

Budaya ini akan melahirkan generasi traders yang malas dan mudah dimanipulasi. Sebaiknya rajinkan diri anda buat screening & study saham-saham yang berpotensi.

“Habis tu, bank pelaburan ada bagi nama-nama saham tu ok ke?”

Jangan tertukar!

Yang bank pelaburan keluarkan tersebut adalah trading ideas dan bukan buy call. Trading ideas atau insights adalah pembentangan laporan analisis daripada penganalisa berlesen di bank pelaburan. Mereka mematuhi segala standards dan prosedur yang ada termasuklah menyatakan trading ideas tersebut hanyalah untuk tujuan informasi dan bukan saranan di bahagian Disclaimer atau Kenyataan Penafian.

Trading ideas boleh dijadikan titik permulaan untuk anda mulakan kajian saham, namun bukan untuk terus beli atau jual! Apa sahaja nama saham yang anda dengar atau terima sekalipun, anda wajib study dulu. Jangan main bedal je. Nanti market bedal kau baru tau.

Sekarang dah faham kan kenapa anda tak boleh ikut-ikut orang?

Konklusinya, jangan senang sangat percaya dan terperangkap dengan saranan orang. Jadilah pelabur yang bijak dan berwaspada. Belajar untuk bertanggungjawab dalam setiap keputusan pembelian yang kita buat. Jangan bermalas-malasan dan serah tugas ‘memutuskan untuk membeli’ ini kepada orang lain. Anda mampu mengubahnya.

Bukan semua orang niatnya baik. Anda harus tahu membezakan antara kaca dan permata. Berguru dengan orang yang betul, yang dikenali dalam industri, yang mempunyai kelayakan diiktiraf agar anda tak terpedaya.

Amacam? Anda kat sini ada yang selalu ikut-ikut buy call? Dah insaf? Cepat mengaku dan tulis azam anda untuk mula berubah hari ini jadi trader bertanggungjawab.

7 thoughts on “Ini 5 Saham Yang Pelabur Boleh Beli Sekarang!”

  1. Avatar

    Saya dah baca 3 hinga 4 kali tetapi saya masih lagi kurang faham dan apa yang patut saya buat untok saya membuat pelaburan.kerana saya sangsung tiada pengalaman atau pengatahuan berkenan pelsburab ni saya pehak tuan dapat membantu memenuhi keinginan dan citacita saya yang sangat berminat ini t.k

  2. Avatar

    Assalamualaikum datuk saya nak tanya mcm mana nak beli warent Bursa Malaysia. Tq . Saya dah dartar CDs akaun tp belum ada jawapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top