Ini 5 Sebab Kenapa Jangan Beli Saham Kerana Murah

Takrifan ‘murah’ berbeza bagi setiap orang. Lihat sahaja barangan di Shopee. Barang yang sama, tetapi ada yang beri review kata harga mahal. Sebaliknya ada pula yang kata harga berbaloi. Itu lumrah dalam jual beli.

Secara mudahnya, terdapat dua gaya fikir di sini. Mentaliti mereka yang mahukan barang mampu milik akan menilai mahal murah pada nombor. Manakala mereka yang mahukan barang yang berkualiti akan menilai mahal murah dengan membandingkan harga dengan nilai yang akan diterima, misalnya saham yang mempunyai produk yang sentiasa digilai namun sahamnya mengalami ‘diskaun’ pada ketika itu.

Begitulah juga dalam pasaran saham.

Sekiranya selama ini anda terbiasa beli saham hanya kerana harganya murah, anda patut hentikannya segera. Saham murah boleh menjadi jerat berbisa kepada portfolio anda.

“Tapi Dato’, murah tak semestinya tak bagus…”

Betul, kami tak nafikan. Bahkan dalam Scalper pun DDNK ajar cara beli saham-saham yang murah. Tapi kriterianya sangat ketat dan anda mesti betul-betul bertindak pantas. Terlewat beberapa saat boleh menyebabkan trade anda kerugian. Ini kerana DDNK bukan tekankan saham yang murah pada nombor semata-mata, tetapi murah kerana nilai yang ditunjukkan melebihi harga jualannya.

Di sini kami kongsikan kenapa anda tidak boleh beli saham hanya kerana harganya mampu milik:


1. Tidak Ada Trend Yang Konsisten

Saham-saham murah banyak yang bergerak secara sideway. Adakalanya menaik, kemudian jatuh semula. Hari ini harganya RM0.05 sesaham, tahun depan masih lagi RM0.05. Agak sukar terutamanya bagi yang masih baru dalam pelaburan untuk meraih keuntungan daripada trend yang tidak konsisten.


2. Mudah Dimanipulasi

Oleh kerana harganya yang sangat murah, maka market capital syarikat juga tentunya kecil. Kemasukan atau pengeluaran modal besar secara mengejut dalam saham tersebut boleh menyebabkan ‘tsunami’ kepada harga saham. Ini memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai dana yang besar.


3. Kebanyakannya Tiada Permintaan

Bukan setakat saham ‘malas’ untuk bergerak, malah pelabur baru juga berhadapan dengan risiko kekurangan permintaan yang menyebabkan jurang perbezaan harga tawaran dan harga permintaan (spread) menjadi besar. Lebih parah, pemilikan tersebut sukar untuk dicairkan di saat kecemasan, contohnya ketika berlaku ‘flash crash’.


4. Tidak Disokong Oleh Bisnes Yang Bagus

Menjadi satu kelebihan bagi saham yang yang mempunyai fundamental kukuh, biasanya saham-saham jenama branded yang dikenali. Hal ini kerana syarikat yang mempunyai prestasi cemerlang dan prospek yang cerah mampu menarik minat lebih ramai lagi pelabur untuk membeli. Kita mahukan saham yang di belakangnya adalah ‘real business’, bukan naik turun harganya sekadar dengan spekulasi.


5. Berpotensi Untuk Nyah Senarai

Saham yang terlampau murah dan tidak mampu untuk naik dalam tempoh beberapa tahun mungkin memberikan indikasi syarikat tersebut bermasalah. Contohnya di Bursa Malaysia, saham-saham yang mendapat notis PN17 dan GN3 berpotensi besar untuk dinyah senarai daripada papan bursa atau digantung daripada diniagakan sahamnya.


Sekarang anda dah faham kan kenapa anda patut elakkan saham-saham yang terlalu murah jika anda masih baru melabur?

Pun begitu, sekiranya mempunyai ilmu, anda boleh mengambil kesempatan dengan saham-saham harga murah menggunakan teknik ‘scalping’. Ini hanyalah untuk mereka yang sudah berpengalaman dan terlatih sahaja.

Selain itu, terdapat peluang lain di mana anda boleh membeli ‘anak saham’ dengan harga yang jauh lebih murah. Instrumen ini dikenali sebagai warrant.

Ada yang berminat untuk kami ceritakan tentang warrant dalam artikel akan datang? Komen “nak tahu” supaya kami tahu siapa yang betul-betul nak belajar berkenaan warrant.

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Artikel Berkaitan

Scroll to Top