Jangan Lakukan 6 Kesalahan Newbie Ini

Manusia diciptakan sebagai hamba yang sering melakukan kesilapan. Ya, kita akan sentiasa buat silap terutamanya ketika kita masih lagi setahun jagung mengenal dan belajar.

Jangankan pelabur baru, begitu juga pelabur-pelabur yang telah lama berkecimpung adakalanya tersalah langkah juga. Namun ini bukanlah alasan untuk kita berhenti mencuba. Selagi kita belum melalui kesilapan itu, maka kita tidak akan memahami kepentingannya.

Terdapat 2 cara untuk anda mengurangkan kesilapan dalam pelaburan:

Pertama, berlatih melabur menggunakan akaun percubaan (demo account). Buatlah silap sebanyak mungkin dalam akaun ini supaya anda boleh belajar. Anda tidak perlu risau merisikokan sebarang modal dengan cara ini.

Kedua, belajar melalui pengalaman orang lain. Orang yang sudah lama dalam bidang ini semestinya arif dengan liku-liku dunia pelaburan serta pastinya telah banyak melakukan kesilapan. Dengan kaedah ini anda boleh melangkau daripada mengulangi kesalahan yang sama.

Anda dah faham? Bagus!

Sekarang, nak tahu apa kesalahan yang newbie lakukan? Jom kita kupas bersama agar anda boleh berhati-hati dan bersiap-siaga dengan perkara kebiasaan ini.


1. Melabur Melalui Saluran Tidak Sah

Rata-rata pelabur baru tidak tahu membezakan antara pelaburan yang diiktiraf ataupun sebaliknya. Maka berbondong-bondonglah tangan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ini menawarkan skim penipuan pelaburan. Modus operandinya lebih kurang sama, iklankan sahaja untung segera dan berkala.

Seorang pelabur bijak harus mengetahui bahawa pelaburan tidak pernah menjanjikan sebarang pulangan secara tetap.

Tips: Semak terlebih dahulu adakah individu dan syarikat yang berurusan mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pastikan juga deposit yang dibuat terus kepada syarikat yang berlesen dan bukan melalui pihak ketiga.


2. Melabur Menggunakan Duit Pinjam

Pernah dengar orang kata boleh muflis kerana melabur? Hakikatnya perkara sebegitu tidak wujud pun dalam pelaburan saham. Kerana saham yang merudum tidak akan memakan melebihi modal yang anda keluarkan.

Mengapa ada yang muflis? Ini berkemungkinan besar mereka menggunakan pinjaman peribadi bank untuk melabur. Harapan besar untuk untung namun kerana tidak faham selok-belok pelaburan, akhirnya apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Ingat semula, tujuan pelaburan adalah untuk melawan inflasi. Sekiranya modal datangnya daripada duit pinjam, bukan sahaja inflasi, malah anda juga harus melawan interest/profit rate yang ditentukan oleh pihak bank.

Meminjam modal daripada rakan-rakan dan kaum keluarga juga bukanlah satu tindakan yang bijak kerana pelaburan tidak menjanjikan sebarang keuntungan.

Tips: Tidak cukup wang untuk melabur? Sebaiknya jadikanlah pelaburan seperti wang simpanan yang dikumpul. Wujudkan tabungan pelaburan dan peruntukkan sebahagian wang pendapatan anda secara berkala. Apabila sudah cukup, belilah saham sedikit demi sedikit. Sementara menunggu wang dikumpul, anda boleh sahaja berlatih jual beli saham menggunakan demo account.


3. Melabur Dalam Instrumen Yang Tidak Dikenali

Setiap instrumen memiliki karakter dan tahap risikonya sendiri. Contohnya pelaburan saham tidak sama dengan hartanah, emas, matawang kripto, dan lain-lain. Jadi anda perlu mempelajari teknik dan strategi yang betul bagi setiap instrumen yang anda ingin labur agar risiko sentiasa terkawal.

Jangan sesekali melabur dalam instrumen yang anda tidak faham. Misalnya waran atau pasaran masa hadapan bagi pelabur baru kerana instrumen ini mempunyai tarikh luput. Maka akan ada tempoh instrumen seperti ini tidak lagi laku untuk didagangkan.

Tips: Mulakan pelaburan dengan produk yang asas seperti saham. Kemudian anda boleh beralih ke ETF sebelum memasuki dunia derivatif.


4. Melabur Dalam Jumlah Yang Terlalu Sedikit Atau Terlalu Banyak

Antara kesalahan utama pelabur newbie juga adalah tidak menitik beratkan penjagaan money management. Melabur terlalu sedikit boleh menyebabkan anda rugi kerana keuntungan tidak melepasi kos pembrokeran dan kos lain yang terlibat. Melabur terlalu banyak daripada jumlah modal pula boleh memberikan risiko berlebihan terhadap portfolio anda. Gunakanlah modal anda dengan sewajarnya mengikut pembahagian yang betul.

Tips: Anda boleh buat kira-kira kos terlibat sebelum membeli saham. Anda boleh mengikuti 10% rule di mana anda hanya akan peruntukkan 1/10 sahaja modal bagi setiap trade.


5. Mengikuti Tips Pelaburan Tanpa Mengetahui Sebabnya

Kita faham, trader baru semestinya ada rasa takut-takut dan was-was untuk buat pembelian pertama. Jalan paling mudah yang boleh dilihat adalah dengan ikut saranan orang lain.

Tambahan pula hari ini munculnya group-group yang memberikan signal beli jual seperti tumbuhnya cendawan. Tahukah anda hal ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah berbahaya sekiranya anda membeli mengikuti tips tersebut tanpa mengetahui sebabnya. Lagi teruk sekiranya signal tersebut telahpun luput.

Setiap trade wajiblah disertai dengan tujuan, kenapa beli dan kenapa jual. Jadi anda juga mestilah dilengkapi dengan ilmu cara melabur saham yang betul agar anda mempunyai panduan kaedah mencari, membeli dan menjual saham mengikut sistem.

Tips: Kaedah terbaik adalah seperti yang disebutkan sebelum ini, dengan menggunakan demo account untuk menguji teknik serta menambah kefahaman dan keyakinan anda dalam pelaburan.


6. Menukar Teknik Terlalu Kerap

Kerugian dalam saham pastinya mengecewakan bukan? Jangan bimbang, anda tidak keseorangan dalam hal ini. Hanya sekali dua rugi dalam saham tidak membuktikan teknik yang anda gunakan tidak berkesan.

Tahukah anda, majoriti trader hebat di dunia juga menggunakan setup yang simple dan mudah seperti chart pattern breakout atau trend-following. Bezanya mereka sangat berdisiplin dalam melaksanakan trade mereka mengikut apa yang telah dirancang.

Kerap melompat teknik hanya akan menyebabkan kekeliruan untuk mengenal pasti punca masalah dan kekalahan. Selain teknik, sebenarnya terdapat banyak faktor lain yang perlu diperhatikan yang mungkin menjadi penyumbang kepada kerugian. Contoh paling ketara seperti kurang patuh terhadap trading plan, silap menilai trend, kedudukan stop loss & target profit yang tidak realistik, money management yang tidak relevan dan tidak cukup holding power.

Tips: Strategi yang bagus membuahkan hasil yang konsisten dan sentiasa boleh diulang pakai. Strategi seperti ini boleh dikenali melalui keputusan backtest dan forward test.


Sekarang anda dahpun tahu apa 6 kesalahan paling common pelabur newbie buat. Amacam? Belajar sesuatu?

Hidup ini akan jadi lebih indah sekiranya kita banyak berkongsi.
Jadi jangan segan silu SHARE artikel ini. Kita sama-sama jadi insan yang menyumbang manfaat boleh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top