fbpx

Jeff Bezos Bakal Meninggalkan Jawatan CEO Amazon?

Ketua pegawai eksekutif syarikat Amazon.com Inc, Jeff Bezos telah mengumumkan akan meletak jawatan pada suku ketiga tahun 2021 dan akan diganti oleh Andy Jassy, Ketua Unit “Cloud Computing” syarikat tersebut. 

Jassy, 53 tahun, bakal pengganti tempat Bezos, adalah seorang pengasas kepada sebuah syarikat kedai buku online berpusat di garaj beliau di Seattle pada 25 tahun lepas dan salah seorang terkaya di dunia.

Kebarangkalian untuk Jassy mengantikan tempat Bezos adalah lebih tinggi setelah Jeff Wilke, Ketua Bisnes Pengguna dan salah seorang calon menjadi CEO mengumumkan dia akan meninggalkan syarikat pada tahun ini. 

Bezos, 57, pemacu syarikat sejak ditubuhkan dahulu akan menjadi Pengerusi Eksekutif, diberitahu oleh wakil Amazon pada selasa lepas. 

Peralihan tersebut berlaku sewaktu zaman kegemilangan Amazon dengan jumlah jualan yang tinggi disebabkan oleh pandemik dan menjana wang tunai serta keuntungan daripada Amazon Web Services yang di cipta oleh Jassy.

Bakal Ceo tersebut telah berada di Amazon sejak 1997 akan memastikan syarikat tersebut berada di landasan yang betul. Manakala, Bezos tidak pergi ke tempat lain sama seperti Bill Gates yang tetap menjadi Pengerusi untuk Microsoft Corp. setelah meletakkan jawatan sebagai CEO. 

“Bila anda lihat penyata kewangan kami, anda sedang melihat hasil inovasi untuk jangka masa yang lama,” seperti dinyatakan oleh Bezos. “Buat masa sekarang saya lihat Amazon berada dalam keadaan yang terbaik, membuatkan peralihan jawatan berlaku dalam tempoh yang sesuai.

Jawatan baru Bezos akan membuatkan beliau fokus dalam inovasi, di mana minat beliau yang sangat mendalam, tanpa diganggu dengan kerja harian di dalam empayar bisnes tersebut yang juga menjadi sasaran kepada pengawalsetia peraturan di beberapa benua, dan mendapat kritik tentang layanan terhadap pekerja yang bergaji rendah.

Bezos boleh lebih focus dalam mencari idea untuk mengembangkan lagi empayar Amazon, serta mengejar minat beliau dalam memeiliki syarikat menjelajah angkasa Blue Origin dan Washington Post serta punca perubahan iklim. Bezos bernilai $200 Bilion membuatkan beliau orang kedua terkaya di dunia di belakang Elon Musk yang mengambil tempat Bezos bulan lalu.

Reaksi pasaran Wall Street adalah positif dan penyata kewangan Amazon menunjukkan keuntungan yang tinggi serta pandangan masa depan yang jelas. 

Keuntungan kasar adalah sekitar $100 Bilion dan $106 Bilion pada suku akhir March seperti dinyatakan oleh Amazon pada selasa lepas. Amazon menjangkakan keuntungan bersih sekitar $3 bilion dan $6.5 Bilion. Analis menjangakakan keuntungan secara purata adalah $6.07 Bilion untuk jualan $95.72 Bilion, menurut data diambil daripada Bloomberg. 

Amazon menyatakan jualan suku keempat meningkat sebanyak 44% kepada $125 Bilion lebih tinggi daripada jangkaan analis iaitu sekitar $119.7 bilion. Pendapatan sekitar $14.09 per saham, lebih tinggi daripada jangkaan analisa iaitu $7.34. Pergerakan harga selepas market buka adalah sangat kecil. 

Walaubagaimanapun, pelabur risau akan perbelanjaan Amazon yang meningkat, kos tersebut disebabkan oleh covid-19, dimana produktiviti semakin merosot disebabkan perlunya penjarakan fizikal dan proses sanitasi di gudang dan pusat penghantaran, dimana $2 bilion kos dimasukkan dalam suku terkini.

Jassy yang telah menjadi penasihat teknikal Bezos sejak karier awal beliau, mempunyai ciri yang sama seperti Bezos seperti dinyatakan oleh bekas dan rakan sekerja. Beliau lebih suka untuk membuat keputusan berdasarkan data dan meletakkan pelanggan sebagai prioriti syarikat. Jassy juga dikenali sebagai micromanager dalam projek yang diminati oleh beliau, ciri yang serupa bersama Bezos. Rakan sekerja kagum dengan kebolehan beliau mengingat semula benda kecil tentang projek pada perjumpaan yang lepas.

Jassy menjadi CEO adalah berita buruk untuk syarikat seperti Oracle, Mircrosoft dan Google yang bersaing dengan Amazon di dalam pengkomputeran awan, kata Sucharia Kodali, penganalis di Forrester. 

“Andy Jassy telah fokus di bahagian AWS selama dua dekad,” dia berkata. “Jika saya adalah Oracle atau Google atau Microsoft, saya akan menjadi gementar.”

Sumber: TheEdgeMarkets

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top