fbpx

Kenapa Dalam Saham Wajib Berguru?

Sejak saham ni jadi trending, ramai pula yang tercari-cari kat mana nak belajar saham.

“Youtube”
“Google”
“Telegram”
“Facebook”
“Investopedia”

Tanya lain-lain orang, macam-macam jawapan keluar…

Kami tak kata belajar di sumber-sumber yang disebutkan tu salah. Ada masanya, kami juga buat bacaan dan rujukan dengan sumber luar. Nak kembangkan ilmu amat-amatlah disarankan.

Cuma untuk mereka yang masih belum ada ‘tulang belakang’ dalam trading. Belum ada basic. Belum ada pengetahuan asas tentang pelaburan saham. Belajar kat sumber sebegini kadangkala lebih mengelirukan.

Nak belajar Fizik, Kimia, Add Math pun kalau kira boleh jer belajar kat Youtube. Tapi kenapa hantar anak ke sekolah lagi? Tak cukup lagi, hantar pula ke pusat tuisyen. Bukan masalah pasal ilmu tu nak cedok kat mana. Tapi kita semua bersetuju, sistem pembelajaranlah yang mainkan peranan penting dalam memberikan impak kepada learning experience kita. Betul?

Saham ni mainly berkisar tentang kawalan risiko. Bergantung dengan kawalan emosi. Dan ditentukan dengan right entry dan right exit.

Sebab tu kalau tanya anak didik DDNK, teknik yang DDNK ajar simple je dan mudah faham. Fokus kita adalah untuk buat duit dalam pasaran. Bukan nak jadi profesor serba tahu. Yang tu boleh belajar kat tempat lain. Tapi nak dapatkan teknik yang memang buat duit, kena la berguru dengan ahlinya.

Tidak kira anda mahu belajar dengan sesiapapun, yang penting anda berguru dengan:

Guru Bertauliah

Pengajar sebaiknya adalah individu berlesen agar anda memahami saham daripada sumber yang benar. Adalah lebih bagus sekiranya pengajar memiliki pengesahan kemahiran seperti sijil MSTA, CFTe, CMT, CFA dan sebagainya.

Guru Berpengalaman

Pengalaman sangat penting kerana mereka sendiri sudah rasai sudut pasaran menaik dan menurun. Senang cerita semua cycle mereka dah lalui. Maka dengan pengalaman itu mereka boleh berikan prediction yang lebih jelas tentang pasaran pada masa akan datang. Kita bukan sahaja nak raih rezeki ketika pasaran melonjak, tetapi juga ketika pasaran merudum!

Guru Yang Mempunyai Track Record

Ya, inilah yang paling penting! Anda juga sudah tentunya tak mahukan guru yang ajar saham tetapi diri sendiri pun tak pernah melabur betul? Contoh terbaik anda boleh lihat performance DDNK dalam dana yang diuruskannya seperti Interpac Dana Safi dan Private Mandate yang lain. Sekiranya beliau terbukti berjaya gandakan portfolio orang lain, mengapa anda masih lagi ragu-ragu?

Terpulang dengan anda. Nak ambil jalan yang mudah atau jalan yang bersimpang siur untuk belajar. DDNK ajar secara FREE pun alhamdulillah dah ada yang berjaya jana rezeki.

Tunggu apa lagi?
Bertindak sekarang atau tunggu la lagi 20 tahun baru terkial-kial nak belajar melabur…

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

2 thoughts on “Kenapa Dalam Saham Wajib Berguru?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top