fbpx

Kenapa Harga Saham Naik Turun?

Kadang-kadang kita tengok ada saham yang naik bertahun-tahun, tetapi tiba-tiba saja merudum. Kadang-kadang ada pula saham yang mendatar saja buat beberapa lama, tiba-tiba naik melonjak. Apa yang berlaku sebenarnya?

Mari saya kongsikan tiga perkara utama yang pelabur perlu tahu untuk meramal kenaikan dan kejatuhan harga sesuatu saham.

Pertama: Penilaian saham

Pernah tak kita terfikir, siapa yang tentukan harga sebenar saham yang kita lihat di papan bursa? Kenapa saham ini bernilai RM3.30, kenapa yang itu bernilai RM0.90? Siapa pula yang letak harga saham Google punyalah mahal sampai US$996.68 seunit? Harga saham setiap syarikat yang disenaraikan di bursa saham sebenarnya ditentukan oleh aktiviti pasaran. Lebih ramai orang nak, lebih mahal harga saham itu.

Tetapi sebagai pelabur yang bijak, kita perlu tahu apa nilai wajar sesuatu saham itu. Apa itu nilai wajar? Ia bermakna berbaloikah kita bayar harga untuk saham itu atau kita sebenarnya terlebih bayar? Saya bagi contoh mudah. Katalah anda bayar RM300 untuk sehelai tudung. Itu harga sebenar yang ditentukan penjual. Jadi anda pun bayar jumlah tersebut. Tetapi adakah nilai itu wajar? Macam mana nak tahu wajar atau tidak? Kita tengok lah pada jenis kain yang digunakan, kualiti jahitan, kualiti manik dan sebagainya. Kalau kita bayar RM300 untuk tudung yang tidak berkualiti, maknanya harga yang kita bayar tidak setimpal dengan nilai tudung.

Begitu juga apabila kita menilai saham. Tentu sekali ada formula khusus untuk mengira nilai wajar sesuatu saham, ini anda boleh dapatkan daripada remisier anda. Selalunya nilai ini bergantung kepada nilai aset bersih syarikat itu dan ramalan masa depan untuk perniagaan tersebut. Kalau saham itu didagangkan pada harga US$30 seunit tetapi selepas membuat pengiraan, nilai wajarnya adalah US$35 seunit, maknanya anda patut beli saham itu. Kira sama lah macam dapat beli rumah di bawah harga pasaran.

Kedua: Faktor pencetus

Terus terang saya cakap, memang susah kita nak ramal apa faktor yang boleh mencetuskan perubahan drastik dalam harga saham. Ini selalunya berkaitan dengan dasar kerajaan, krisis dunia atau perkembangan geopolitik. Kalau kita ada dengar-dengar berita mengenai kemungkinan sesuatu akan berlaku, mungkin kita boleh bersedia. Kalau tiba-tiba sahaja peristiwa besar berlaku, contohnya peperangan yang menyebabkan harga saham merudum, apa yang kita boleh buat hanyalah menunggu pasaran kembali pulih.

Ketiga: Bagaimana manusia membuat keputusan

Ini yang paling susah nak faham, tetapi menjadi antara faktor kepada kenaikan dan penurunan harga saham. Kita kena cuba untuk berfikir ‘apa agaknya pelabur lain akan buat’?

Setiap manusia dianugerahi dua komponen utama dalam membuat keputusan: logik akal dan emosi. Selalunya jenuh lah kita berfikir secara logik apa perlu dibuat tetapi apabila sampai masanya, ikut emosi juga. Tiada bezanya dalam jual beli saham.

Ya, kita ada data dan kita boleh buat analisis sama ada perlu jual atau tidak, tetapi tidak mungkin kita akan dapat 100 peratus maklumat yang diperlukan. Jadi akhirnya, kita hanya serahkan kepada gerak hati dan naluri. Tup tup sehari selepas jual saham, harganya naik pula 20 peratus! Alahai nasib….

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top