Kenapa Masih Belum Mula Melabur?

Kita tahu masyarakat kita masih ramai yang belum celik tentang pelaburan. Buktinya, masih ramai yang skeptikal bila dengar perkataan ‘pelaburan’. Pasti terbayang kena scam, kena tipu, MLM…

Kami puji usaha kerajaan yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyimpan dan melabur melalui pelbagai saluran seperti mewujudkan tabungan persaraan, tabungan untuk ke Haji dan macam-macam lagi.

Jika harapkan kita yang simpan dan labur sendiri, faham-faham jer lah kan…

Sedangkan sepatutnya kita dah mula simpan labur sejak mula dapat gaji pertama lagi. Peranan tu patutnya pada kita. Masa depan kita tanggungjawab kita.

Entah siapa yang tanam dalam kepala kita bahawa pelaburan memerlukan modal yang besar. Kita membesar dengan paranoia terhadap pelaburan. Sebetulnya, kita jadikan pelaburan sama seperti simpanan. Kumpul aset sedikit demi sedikit setiap bulan.

Katakan anda mahu konsisten melabur 10% wang lebihan setiap bulan. Orang yang bergaji RM2,000 boleh melabur RM200 setiap bulan. Beli saham-saham secara berkala setiap bulan dengan RM200 tersebut. Dalam setahun, pelaburan terkumpul bernilai RM2,400. Tu belum ambil kira compounding interest.

Jadi kami rasa tak ada alasan anda tidak mula melabur. Ini untuk masa depan anda juga. Yang bestnya pelaburan saham ni boleh diwariskan kepada anak cucu. Bukan sahaja asetnya, ilmu pelaburan pun sepatutnya diwariskan juga.

Takut kena scam?

Melaburlah melalui saluran yang sah sahaja. Pastikan anda hanya berurusan dengan mereka yang berlesen seperti Fund Manager, Remisier, atau Dealer.

Selain saham, ada pelbagai lagi pilihan produk. Anda boleh study dan cari yang paling sesuai dengan selera risiko anda. Rule of thumb: high risk, high rewards.

Paling penting, anda wajib melabur dengan adanya ilmu. Sama ada nak melabur sendiri atau nak dapatkan khidmat pelabur professional bertauliah, anda perlu anda sedikit ilmu pengetahuan.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

16 thoughts on “Kenapa Masih Belum Mula Melabur?”

Leave a Reply to Firzal khalid Cancel Reply

Artikel Berkaitan

Scroll to Top