fbpx

Kenapa Tak Ramai Orang Jadi Full-time Trader?

Sebelum anda judge tajuk ni, kami nak beritahu ini bukanlah posting mengecam. Sebaliknya nak beri suntikan semangat kepada anda yang sememangnya dah pasang impian nak jadi full-time trader.

Full-time trader adalah mereka yang sepenuh masa kerja mereka adalah dengan berdagang saham atau instrumen pelaburan lain. Erti kata lain, pasaran kewanganlah bos yang bagi gaji kepada mereka.

Kelebihannya? Freedom… Bebas masa dan kewangan. Apa anda nak buat setiap hari terpulang, tak ada siapa nak marah atau bebel (kecuali isterilah kot).

Persoalannya, adakah impian ni dapat direalisasikan?
Mustahil ke nak jadi full-time trader?

Jawapannya, kami boleh kata ini adalah impian yang munasabah dan boleh dicapai. Namun marilah kita sama-sama bermuhasabah tentang beberapa perkara.

1. Serius Manakah Kita?

Adakah kita benar-benar ambil serius tentang trading? Kena ingat, trading is a business. Jika buat sambil lewa, maka akan jadi sama macam part-time business sahaja. Plan betul-betul apa target anda, bila waktu khusus untuk anda trade tanpa gangguan, apa steps yang perlu anda buat, apa knowledge yang anda perlu ada.

2. Sentiasa Komited Dengan Perkembangan Ilmu?

Berapa besar komitmen anda untuk upgrade ilmu? Dalam trading, akan sentiasa ada ruang untuk kita tambah knowledge. Peruntukkan masa setiap hari sekurang-kurangnya 1 jam untuk cari input baru. Buat bacaan di pelbagai sumber seperti buku, website terpilih, dengar perkongsian live DDNK.

3. Konsisten & Fokus

Jangan cepat melompat dari satu strategi ke satu strategi lain. Perbuatan ni akan melambatkan kemenangan serta membuang masa anda. Sebaliknya cuba fahami hikmah mekanisme dan tujuan setiap strategi. Fikir balik, kenapa ramai professional traders boleh berjaya dengan teknik yang simple sahaja.

Mudah-mudahan perkongsian ni sedikit sebanyak memberi inspirasi dan boleh membantu anda dalam redefine goals anda ke arah yang lebih baik.

6 thoughts on “Kenapa Tak Ramai Orang Jadi Full-time Trader?”

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bercita2 nak jadi full time trader.. Sangat menarik input yg di berikan.. Macam tak perlu duduk lelama kat depan pc siang /malam. So boleh la sy buat kerja2 akhirat lak pas tu..
    Mohon terima sy & bimbingn sy. Dunia & akhirat sy kena kejar… Dunia di gengaman sy akhirat di dlm hati saya.
    Mohon bantu. Tq

  2. Hazril b Mohammed

    Assalamualaikum Dato…
    Saya telah mengikuti kelas percuma menangsaham.com pada 2/1/21. Buat masa ni saya tak berkemampuan utk sertai mana² pakej yg Dato sediakan. Pada masa sama saya memang bercita cita menjadikan trader sebagai kerjaya. Setakat modal rm1000 kebawah saya boleh adakan. Apa langkah seterusnya yg perlu saya lakukan selepas buka acc CDS. utk thn 2021 ni saya tanam azam utk bebas hutang & memiliki savings. Terima kasih Dato.

  3. Rosila Bt Sulaiman

    Selalu baca artikel dato,membakar semangat betul untuk belajar menjadi trader tapi tak tahu nak mula dari mana.

  4. Assalamualaikum ddnk..saya dah sertai seminar ddnk bulan 12 tahun 2020..jadi sekarang saya masih buntu dan tak tahu macam mana nak bertindak..cita-cita saya nak money freedom..banyak masa dengan keluarga..selesaikan semua hutang dan bagi kediaman yang selesa untuk keluarga saya..tapi sy tak mampu nak masuk kelas ddnk..kalau tak kaya pun tak apa..janji senang pun sudah cukup.. stress kerja makan gaji ni,duit tak pernah nak cukup..semoga saya dapat berguru dengan ddnk dan jadi anak didik ddnk sampai berjaya..saya doakan ddnk dan team,berjaya dunia dan akhirat..amin..

  5. sejak mengikuti seminar menang saham DDNK, timbul niat untuk menjadi FTT.buat masa sekarang saya tumpukan di bidang forex untuk mengumpul modal menjadi FTT sambil mencari input baru di kolum fb DDNK.

Leave a Reply to Hazril b Mohammed Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top