fbpx

Kenapa Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin?

Ramai beranggapan dunia ini tidak adil. Ada yang dilahirkan terus kaya. Sebaliknya ada yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang berada.

Namun sebagai hamba kita mestilah sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan perancangan Allah SWT. Kita mesti yakin setiap ujian-Nya pasti datang dengan sebab dan hikmah tersendiri.

Berbalik kepada topik asal, sedar tak sedar sebenarnya terdapat sains di sebalik bagaimana ianya boleh terjadi. Untuk pengetahuan tuan puan, saya sendiri bukan lahir dalam kelompok bangsawan.

Tetapi alhamdulillah setelah meneliti dan mengkaji, akhirnya saya terjumpa formula ini. Menerusi penulisan ini, diharap sedikit sebanyak dapat membuka mata pembaca yang budiman.

Ambillah setiap apa yang dikongsikan ini dengan nada yang positif sebagai penguat semangat dan motivasi anda. Dengan ini akan membantu anda untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Jom kita sama-sama fahami psikologi pengurusan wang yang biasa diamalkan oleh pelbagai golongan.

Golongan Kelas Bawahan

Zaman sekarang, golongan ini dipanggil B40. Golongan ini mempunyai satu persamaan, di mana wang pendapatan mereka banyak digunakan untuk perbelanjaan dalam perkara yang tidak perlu.

Biasanya golongan ini agak sukar membezakan antara keperluan dan kehendak. Akhirnya, di rumah mereka akan berlonggok barang-barang yang tidak lagi digunakan.

Golongan Kelas Pertengahan

Mungkin lebih baik daripada kelas bawahan, namun boleh juga jadi lebih berbahaya.

Ini kerana golongan kelas pertengahan atau M40 ini sangat mesra dengan liabiliti. Oleh kerana purchasing power mereka yang lebih kuat, mereka lebih cenderung untuk membeli barangan mewah, walaupun terpaksa berhutang.

Sikap suka berhutang tiada amsalah jika pandai uruskan hutang. Tapi berhutang tanpa mengurus hutang tersebut akhirnya boleh memakan diri, kerana golongan inilah yang paling ramai diisytiharkan muflis.

Sebab itu DDNK selalu pesan, “Tak hensem takpe janji kaya!”

Golongan Kelas Atasan

Ramai saya jumpa, golongan kelas atasan atau T20 ini mereka sering mempunyai perspektif yang berbeza daripada majoriti dari segi pengurusan kewangan.

Mereka lebih gemar mengumpul aset berbanding liabiliti. Ya, anda mungkin selalu dengar golongan kelas atasan ini berbelanja secara melampau. Itu sudut pandang kaca mata kita.

Namun apa yang tidak kita nampak adalah, mereka mempunyai aset yang boleh menarik lebih banyak wang masuk ke dalam poket mereka. Inilah kelebihan memiliki aset, anda bukan sahaja kalis inflasi. Malah anda mempunyai kuasa membeli yang luar biasa.

Bila sebut aset, ramai akan terbayangkan hartanah. Sebenarnya instrumen pelaburan sangatlah banyak contohnya seperti emas, bon dan saham.

Jika anda hadam dan faham ketiga-tiga golongan yang disebutkan, pasti anda perasan sesuatu. Ya, ianya bukan soal gaji. Namun semuanya berkisarkan tentang bagaimana anda menguruskan kewangan diri.

Warren Buffett, antara orang terkaya dunia pernah menjadi pengedar surat khabar dari rumah ke rumah.

Colonel Sanders, pengasas KFC pernah jual ayam goreng di tepi jalan.

Jeff Bezos, pengasas Amazon pernah menjual buku secara online hanya dari garaj rumahnya.

Semuanya bermula dari bawah, dari langkah pertama dan akhirnya berjaya menjadi Billionaire Dunia!

Apa lagi alasan anda untuk berjaya?
Tepuk dada tanya diri sendiri.
Pilihan di tangan anda.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top