fbpx

Kesalahan Yang Tidak Boleh Dilupakan Oleh Orang Terkaya Dunia

“Billionaire” berumur 90 tahun mengaku bahawa beliau telah “terlebih bayar” apabila syarikat beliau Berkshire Hathaway Inc membelanjakan $32.1 Bilion pada 2016 untuk membeli syarikat yang mencipta bahagian pesawat dan pembuat bahagian industri Precision Castparts Corp.

Pembelian syarikat itu adalah perbelanjaan yang terbesar pernah dilakukan beliau. Berkshire telah menghapuskan nilai syarikat bernilai $9.8 Bilion pada bulan Ogos lepas, disebabkan pandemik kovid-19 telah mengurangkan permintaan perjalanan udara serta produk syarikat tersebut. 

Buffett menyatakan dalam dalam surat tahunan yang diberikan kepada pelabur bahawa beliau telah membeli sebuah syarikat yang terbaik dalam industri dan beruntung buat Berkshire kerana Mark Donegan masih memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif untuk syarikat Precision.

Namun beliau terlalu optimis terhadap potensi keuntungan normal syarikat PCC. Precision memberhentikan lebih daripada 13,400 pekerja iaitu 40% daripada jumlah pekerja pada 2020 dan baru sahaja meningkatkan margin, Berkshire berkata:

“Saya salah dalam menjangkakan jumlah purata kewangan pada masa hadapan dan pada masa sama pengiraan saya silap dalam pembayaran yang sepatutnya untuk mendapatkan perniagaan tersebut. PCC adalah bukan kesalahan saya yang pertama tapi ini adalah yang terbesar.”

Buffet mengaku terlebih bayar untuk mendapatkan Kraft Foods pada dua tahun lepas apabila berkshire dan syarikat ekuiti swasta 3G Capital mengabungkan bersama H.J. Heinz Co dan bertukar kepada Kraft Heinz Co. pada 2015.

Surat tahunan Pada 2008, Buffett menyatakan bahawa pembelian Dexter Shoes adalah suatu pembelian yang paling teruk sekali. Beliau membeli suatu syarikat yang tiada nilai dan bertambah buruk lagi apabila membeli syarikat tersebut menggunakan saham Berkshire dan bukan wang. 

Buffett juga menambah dalam surat tersebut “saya akan membuat kesilapan yang lebih banyak pada masa depan.”

Pelabur terlama Berkshire Tom Russo memuji tindakan Buffett. “Saya kagum dengan tanggungjawab beliau atas pembelian syarikat Precision Castparts kerana tak ramai pengurus memikul tanggungjawab masing-masing tapi ramai yang suka menyalahkan orang lain.”

Amacam?
Apa yang anda dapat belajar daripada perkongsian kali ini?

Jom kongsi di ruangan komen.

Sumber: Jonathan Stempel, Reuters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

3 thoughts on “Kesalahan Yang Tidak Boleh Dilupakan Oleh Orang Terkaya Dunia”

  1. MOHAMAD ZAIREE BIN ABDUL AZIZ

    “Setiap manusia biasa akan melakukan kesilapan dan belajar darinya serta memperbaikinya, adalah suatu pengalaman yang mahal.”

  2. Membuat kesilapan bukan bererti kegagalan besar tapi sebai pelajaran untuk terus memajukan diri.
    Menyedari dan rasa tanggungjawab atas kesilapan penting untuk memperbaiki jatidiri

  3. Normal lah tu.Kadang2 firasat kita cakap ni mkin bagus tapi lain pulak jadinya.Sebab benda2 camni tak boleh nak diramal.Kesilapan ni adalah proses pembelajaran supaya kita akan jadi lebih cekap di masa akan datang…

Leave a Reply to Rafik Ismail Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top