fbpx

Kisah Anjing Dengan Bayang-bayang Bukan Dongeng

Masa kecil-kecil dulu kita sering dengar cerita rakyat yang selalu didendangkan untuk tujuan teladan dan pengajaran. Ini termasuklah kisah anjing dengan bayang-bayang. Ia berkisarkan bagaimana sifat tamak amatlah merugikan. Sifat ini membutakan mata hati sehinggakan bayang-bayang pun tidak mahu dilepaskan.

Walaupun ia hanyalah cerita rekaan, namun bukanlah bermaksud ianya harus diabaikan. Terutama dalam pelaburan saham. Dalam pasaran, kita dapat lihat bagaimana kisah ini benar-benar diterjemah secara real.

Semua orang tahu, tamak bukanlah suatu sifat yang bagus. Namun apabila bergelumang dengan wang, tidak kira apa pangkat atau status sekalipun ramai yang tewas dan mudah dikaburi. Pasaran saham benar-benar menguji siapa yang tamak, atau siapa yang sabar.

Ketamakan adalah salah satu daripada masalah utama emosi (fear, greed & hope) pelabur sering menghadapi kegagalan dalam pelaburan. Sepatutnya kita hanya melabur bila nampak peluang. Sebaliknya, perasaan FOMO (fear of missing out) selalu menghantui mereka. Nampak saham ABC naik beratus percent, ditambah pula dengan rakan-rakan dalam group social media menunjuk-nunjuk mereka untung dengan saham ABC, maka kita pun tanpa buat analisis lagi terus ‘terjun’ beli saham ABC.

Ini sangat bahaya! Sikap suka terburu-buru kejar harga tu sebahagian daripada tamak. Pengakhirannya, orang yang tamak akan sentiasa ‘terciduk’ dalam pasaran kewangan. Bak kata pepatah orang tua, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Pastikan diri kita dilengkapi dengan ilmu pelaburan yang betul. Bertindaklah dengan strategi dan mengikut pelan tindakan secara berdisiplin. Pelabur bijak tak akan mudah dipengaruhi saranan orang lain.

Jika anda merasakan artikel kali ini tepat masuk ke jantung anda, apa kata anda share dan tag rakan-rakan sebagai peringatan bersama.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top