fbpx

Kisah Pengalaman Arif Si Trader Baharu

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Di suatu malam yang hening, Arif menghubungi rakan karibnya Rahim. Dengan nada yang tersekat-sekat, Arif memulakan perbualan.

Arif: Him, sorry ganggu kau malam buta ni. Aku nak tanya sikit boleh?

Rahim: Ehh takde hal la. Macam tak biasa pula. Nak tanya apa tu bro?

Arif: Aku ada la follow teknik trading yang kau ajar hari tu. Tapi asyik loss jek. Camner eh?

Rahim: Ehhh yeke? Aku sendiri pakai ok je. Consistent jer profit. Betul kan kau follow sebijik-sebijik teknik macam yang aku share dengan kau?

Arif: Aah bro… Tu la yang aku tak faham. Loss jer memanjang. Dah fed up dah ni. Merah menyala dah portfolio aku. Sikit lagi nak terbakar. Habis la duit simpanan aku macam ni.

Rahim: Kejap… Boleh aku tau tak, lepas kau dah beli saham tu, bila kau jual semula?

Arif: Aku lepas beli tu, on the spot nampak position aku merah. Aku terus tutup la. Cut loss kan?

Rahim: Laaa… Kan aku dah ajar kau trading plan. Kau patutnya sabar. Ingat holding power. Selagi harga belum touch paras cut loss atau take profit, jangan la gatal tangan pergi close. Kau pakai time frame berapa?

Arif: Errr… 5 minit?

Rahim: Arif Arif. Kau kan masih baru. Bukan ke aku ajar kau guna timeframe 1-day. Kenapa kau pergi tukar 5-minute?

Arif: Hmmm~ Sebab aku tengok kat Youtube orang tu ajar scalping. Nak cepat pilihlah 5 minit.

Rahim: Aku bukan nak marah. Inilah masalah kau, suka-suka campur adukkan teknik. Teknik yang aku ajar khas untuk daily timeframe sahaja. Mana sesuai guna untuk 5 minit. Satu lagi. Kau cakap kau guna duit simpanan? Bukan aku suruh trade dalam akaun demo dulu ke?

Arif: Huhuhuhu. Aku nak rasa pengalaman sebenar. Tu yang aku guna duit betul.

Rahim: Aduhhhh~ Kau kata kau follow apa yang aku ajar, tapi banyaknya pantang larang yang kau langgar. Arif, kau kalau nak berjaya dalam trading, kena belajar ikut proses. Step-by-step. Jangan suka lompat-lompat.

Aku ajar kau trade guna akaun demo supaya kau familiar dulu dengan platform & market. Fahamkan dulu risiko. Fahamkan dulu instrument. Sampai kau dah ready baru la guna duit sebenar.

Orang kita ni Arif, maaf aku kata. Suka sangat shortcut tapi malas nak belajar. Malas nak berlatih. Tak apalah. Nak buat macam mana benda dah lepas. Aku harap apa yang kau lalui ni jadi pengajaran lah untuk kau. Jangan ulang kesilapan yang kau buat ni ok?

Tuan puan… Walaupun dialog ini hanyalah rekaan, namun inilah realiti masalah paling ketara yang kami jumpa di kalangan traders baru. Apabila tak ikut rules, beli dan jual secara secara semberono, akhirnya akaun terkorban. Kemudian mula menuding jari menyalahkan satu sama lain.

Seharusnya kita sama-sama muhasabah diri agar kita sedar kesilapan diri dan cuba untuk perbaiki. Kenapa orang lain berjaya tetapi kita tidak? Sama seperti pergi ke sekolah. Masuk kelas yang sama, pada waktu yang sama, belajar daripada guru yang sama… Namun tak mustahil ada yang berjaya dan ada yang gagal. Pastinya ada something wrong dengan diri kita. Jika kita ambil jalan untuk menyalahkan orang lain, maka selamanya kita tak akan maju ke hadapan. Sebaliknya jika kita ambil pendekatan untuk terus rajin berusaha mempertingkat kemahiran dalam trading, lambat laun kita akan berjaya juga.

Apa yang anda belajar melalui dialog di atas?
Cuba komen di ruangan bawah.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu

trading platform

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?” Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk

25 thoughts on “Kisah Pengalaman Arif Si Trader Baharu”

  1. Mohd bakri bin mamat

    1. Nk buat sesuatu keputusan msti ada ilmu
    2. Money mangment tu pnting
    3. Banyk bersabar
    4. Guna akaun demo dahulu sehingga pndai
    5. Belajar dgn guru yg betul

  2. Zamarulzaman bin baharuddin

    Saya memang baru dalam bidang ni dato..harap dato doakan saya berjaya dan terus ikut apa yang dato ajarkan..

  3. Hishamuddin Bin Mohamad Gazali

    Terima kasih atas perkongsian… Saya pun baru nak belajar … Sama2 la Kita ikut apa yg guru ajar Kita… Harap Saya dan Kita semua buang sikap tamak, sombong dlm diri … Bahaya. Adap belajar mesti menjaga nama baik guru. Takut2 bila X dengar Kata guru jd mcm citer tu.. Jgn guru dipersalahkan sebaiknya muhasabah diri… Renung dlm diri sedalam dalamnya. Mungkin terhijab siapa yg tau… Kembalilah kodnya
    Sekadar pkongsian…

  4. Insyallah..dengan adanya DDNK and team..akan ada setiap kebaikan dan ketelusan yang sentiasa dimanfaatkan bersama..amin..

  5. Harriss Bin Abdul Samad

    Malu bertanya tersesat lah jalan,
    Tanduk dikeluarkan terima lah padahnya,
    Sape suruh sendiri pilih jalan,
    Haa kan padan dah mukanya.

  6. Daripada dialog diatas, perkara asas yg saya pelajari dalam dunia trading ni adalah kesabaran… elak kan dr mmbuat keputusan terburu buru…

  7. FADZILAH BINTI BAHRON

    Saya dah ikut seminar online pd 11 julai hari tu. Tp tu lah, org tua ni kan lmbt skit nak fhm. Line plk tak berapa elok. Byk juga catatan yg saya buat termasuk contoh yg datuk bg. Tp sampai skg tak buka lg akaun saham yg diberi tu. Tak tau nak start macamana. Takut jadi mcm si Arif tu. Nak cari mentor pun tak tau. Nantilah…

  8. Mohd Sofian Bin Che Ya

    sesuatu yg baru biar brmula dr bawah…yg penting jgn derhaka dgn cikgu…ikut arahan dan nasihat cikgu atau org yg lebih brpengalaman dlm sesuatu bidang…sy org baru…zero pengetahuan…dialog ni sy jadikan teladan utk diri sy…

  9. Belajar dari pengalaman dan Jangan putus asa, sentiasa positif, kalo tak kerana gagal takkan kenal kejayaan. Yang penting modal kena adalah. Hahahaha

  10. Salam semua…saya baru nak join session 25th july ni…x pernah expose langsung dengan saham…..selepas sesi seminar bole jadi celik saham ke? Especially for amateur like myself?any comment pls…

  11. Rashid bin Mohammad

    Memberi pencerahan kpd mrk yg baru mnceburi pasaran saham trm ksh datas tunjukajar dr datok muga sukses sll

  12. Saya belum pernah main saham. Cuba belajar dulu dari post dalam laman ini. Dari pembacaan saya sebelum guna duit sebenar perlu ada:
    1. Ilmu
    2. Pelan
    3. entahlah…

    he he semoaga satu hari saya boleh menguasai cara menggandakan wang dlm perdagangan saham ini…

    1. Kami ada kongsikan artikel bagaimana untuk bermula. Boleh baca DI SINI ya. Kami doakan mudah-mudahan tuan jadi pelabur berjaya di masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top