fbpx

LIMA ASAS KEWANGAN YANG MESTI KITA ADA

” DAH KEJA NANTI AKU NAK BELI BMW, BANGLO, TRAVEL MERATA. PARENTS SETIAP BULAN AKU BAGI RM100 CUKUPLAH KOT… “

TOLONG..!! Tolong jangan ikut aksi pernyataan di atas. Tolong sangat-sangat.! Impian dan angan-angan tak nak kalah, tapi nak hulur pada orang tua pun kedekut. Macam mana impian tu nak tercapai. Kebiasaannya mereka-mereka ini gagal untuk menguruskan kewangan dengan baik. Sebabnya, duit dah habis bayar hutang loan bank, jadi nak hulur pun jadi berat.

Saya kongsikan tips kepada anda khususnya graduan, 5 ASAS KEWANGAN UNTUK GRADUAN. Semoga anda bijak dalam menguruskan pendapatan anda kelak.

a) KEPERLUAN ATAU KEHENDAK

Keputusan korang dalam hal ini akan menentukan keadaan kewangan pada masa depan. Tersilap percaturan, makan maggi lah setiap hari. Membuat pinjaman loan bukan boleh langsai setahun dua tahun, makan bertahun. Perlu kira kos sampingan.

Contoh kalau beli kereta, kena amek kira minyak, tol, insuran, maintenance. Lepas dah amik kira tu semua, perlu ada duit lebihan untuk benda lain pulak.

LARAT TAK NAK BAYAR? Tepuk dada, kira ade brape je kosong dalam akaun. Jangan sampai nyusahkan orang lain.

b) SIMPANAN DAN PELABURAN

Ramai yang ambil mudah je perkara ni. Sebabnya hasil simpanan dan pelaburan tak on the spot dapat. Lain la kalau beli kerta, dapat ronda sana sini. Padahal hutang dengan bank.

Perlu ada kesimbangan antara perbelanjaan dengan simpanan dan pelaburan. Kalau boleh, biarlah simpanan dan pelaburan kita lebih daripada perbelanjaan. Dan lebih bagus semua simpanan kita simpan sebagai pelaburan. Bukan lagi simpan sekadar simpan. Mulakan pelaburan anda seawal mungkin.

Percayalah, kehidupan yang kurang bebanan hutang amat diidamkan oleh ramai abang-abang dan kakak-kakak yang dah bekerja.

c) ILMU URUS KEWANGAN DAN PELABURAN

Semua benda perlukan ilmu pengetahuan. Sampai nak urus kewangan pun perlu ada ilmu. Ringan-ringankan mulut bertanya orang yang lebih tua daripada korang. Macam mana diorang survive dalam hidup diorang, lebih-lebih yang hidup di bandar kos hidup tinggi dan berkeluarga.

Hadir ke majlis ilmu yang ada. Tak mampu pergi yang mahal, pergi yang murah je. Percuma pun ada sekarang. Ambil ilmu dulu, lepas tu buat pembacaan. Macam-macam ilmu yang kita kena tahu. Bukan sekadar tahu berlanja berapa, simpan berapa je. Kena juga ambil tahu ilmu pelaburan, ilmu beli rumah, ilmu beli kereta.

Semuanya perlu ilmu wahai adik-adik sekalian.

d) PLAN KEWANGAN DAN TARGET

Untuk plan kewangan, kita perlu ilmu dahulu. So, jangan skip step ILMU URUS KEWANGAN DAN PELABURAN. Kenapa plan kewangan ni penting? Penting untuk kita capat target kita. Kita manusia akan letakkan target dalam diri dahulu baru lakukan plan atau percangan. Sebabnya kalau kita rancang tanpa target, umpama kita tak ada garisan penamat.

Umpama dah habis belajar tak tahu nak kerja apa, lebih teruk lagi tak ada inisiatif nak kerja apa-apa dulu. Dah la abis belajar terus berhutang, so korang buang masa dan merosakkan nama korang bila kena CCRIS.

Jadi penting sangat plan ni. Agar target korang untuk ada rumah kahwin dan sebagainya tak terganggu.

e) MENJAGA KEBAJIKAN

Yang terakhir adalah menjaga kebajikan. Sengaja saya letak akhir supaya perkara ini paling korang ingat. Menjaga kebajikan yang saya maksudkan di sini adalah menjaga kebajikan orang tua kita dan menjaga kebajikan masyarakat. Tak ada guna kalau gaji besar tapi tak menjaga kebajikan orang tua kita. Tak guna kita mewah, tapi masyarakat di sekitar perumahan kita hidup melarat.

Zakat tu zakat lah. itu zakat gaji. Yang ini pemberian kita sendiri. Penghargaan kita untuk mereka. Siapalah kita tanpa pengorbanan orang tua kita. Lapar dahaga, penat lelah diorang kita tak tahu semasa membesarkan kita.

Insya’Allah, berkat hidup kita. Jangan risau kurang, rezeki itu luas. Allah Maha Kaya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

15 thoughts on “LIMA ASAS KEWANGAN YANG MESTI KITA ADA”

  1. Avatar

    Saya Hasnol Bin Ahmad ingin belajar A to Z tentang ilmu pelaburan saham ini ,dulu pernah labur macam macam tapi akhirnya zero Tuan ,mohon jasa baik Tuan memberi tunjuk ajar yg sebaik baiknya ilmu pelaburan saham sebab Saya lihat macam susah benar membuat pelaburan saham ,sekian terima kasih

  2. Avatar
    Kasrul azman bin Ismail

    Slm Tuan.
    Sy berterima kasih diatas nasihat serta tunjuk ajar tuan dalam laman ini .Tuan sy ingin belajar cara teknik perlaburan yang tuan pratik kan yang membuat tuan berjaya sy ingin berjaya seperti tuan Insyaallah dengan berkat tunjuk ajar tuan mana tahu sy berjaya menjadi seperti tuan.terims kasih.

  3. Avatar
    Rozita Binti Mohd Dom

    Dato, klu kita trade kat Saxo, dgn modal USD2k, kita cuma boleh trade smpi 3x shj kan klu rugi? Sekiranya modal pelaburan 2k tu x cukup utk trade the next day, bermakna kita kena tambah modal lagi laa ye? Klu untung kita jual, keuntungan itu automatically transfer ke akaun yg kita register yaa semasa buka akauan dgn Pan-Pacific?

  4. Avatar

    Terima kasih banyak atas perkongsian ilmu serta nasihat dan peringatan untuk kami.Tuan adalah mentor utama saya.

  5. Avatar

    Assalamualaikum DDNK

    Saya nak bertanya ,Saya sudah mendaftar untuk masuk kelas guirella . Adakah Saya kena buka account saxo sebelum pergi ke kelas atau DDNK akan brief on that day itself?

  6. Avatar

    Saya dah menceburi bidang saham ni dah lama tapi masih belum dapat teknik yg ampuh lagi dalam memantapkan skill pelaburan saham ini.. Perkongsian Dato’ ini amat baik dan saya teruja untuk belajar dengan Dato’ ilmu2 saham ini dengan lebih mendalam..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top