fbpx

Lonjakan AMD, Anugerah Daripada Ryzen 4000-series?

Akhir-akhir ni, chipset AMD mula mendapat perhatian terutama daripada gamers sejati. Bukan sahaja kerana harganya yang mampu milik, tetapi AMD telah mengangkat standard sekurangnya sama level dengan pesaing tersohornya yang tak perlu lagi kita sebutkan namanya.

Siapa yang follow perkembangan teknologi AMD pasti tertunggu-tunggu line-up CPU yang terbaru iaitu Ryzen 4000-series! Yang power-nya, dikhabarkan teknologi terbaru AMD membolehkan gamers bermain game tanpa perlukan graphics card tambahan (discrete GPU) kerana chip ini dilengkapi dengan built-in Radeon graphics.

Post kali ni bukan nak cerita pasal chipset Ryzen, tapi sedar tak apa dah jadi pada saham AMD?

Saham AMD melonjak dengan volume

Ganas beb! Dalam satu malam saham AMD boleh terbang 8.25% dan mencipta new high. New high bermaksud saham ini terus naik dan menandakan paras yang tertinggi dalam sejarah.

Untuk dapat pulangan 8% tu kita biasa kena tunggu setahun. Tapi AMD belanja dalam masa sehari jer. Best ke best?

Tuan puan, saham AMD hari ini baru berharga sekitar 60 USD. Tak sampai 10 tahun lalu, Tesla juga pernah bernilai bawah 60 USD namun hari ini kita menyaksikan kenaikan yang sangat dahsyat. Sehingga hari ini Tesla berlegar-legar di sekitar 1,500 USD. Semua ini dilihat hasil daripada Tesla yang sentiasa mencabar teknologi dengan meneroka lebih jauh melangkaui apa yang masyarakat expect. Adakah AMD juga akan menurut langkah Tesla? Sama-sama kita saksikan.

Rasa rugi kan tak beli awal-awal?

Sebenarnya anda tak pernah terlambat. Dalam pasaran sentiasa ada peluang baru. Setiap tahun, bulan, minggu, hari, jam, bahkan setiap minit, peluang baru tu wujud. Yang penting sebelum beli, anda perlu ada ilmu dulu.

Kalau belum ada ilmu, baik jangan labur. So, anda pilih sendiri. Anda nak orang lain tolong laburkan sampai anda tua, atau anda nak korban sedikit masa belajar saham dan buat sendiri keuntungan secara harian?

Tepuk dada tanya selera.

Suka post macam ni? Jangan lupa SHARE ya!

Disclaimer: Saham yang ditunjukkan hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja dan bukanlah saranan membeli. Pelabur disarankan mempunyai ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan pelaburan. Keuntungan tidak terjamin dan risiko adalah di bawah tanggungjawab pelabur sendiri.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

5 thoughts on “Lonjakan AMD, Anugerah Daripada Ryzen 4000-series?”

  1. Avatar

    Confirm. Pertama, saya suka membaca. Kedua, artikel-artikel yang disediakan DDNK amat bermanfaat. Teruskan usaha-usaha gini insyaaAllah. Ilmu gini mana nak cari kan kan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top